Saturday , 25 November 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Menanti Februari

Sinopsis Drama Menanti Februari

Tentang Sinopsis Drama Menanti Februari lakonan Fathia Latiff,  Zul Arrifin dan Afiq Muiz. Drama Menanti Februari ini ganti Misteri Wan Peah dan akan bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu,  jam 10:00 malam di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Drama Menanti Februari

Drama Menanti Februari telah diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd. Drama 16 episod ini turut dibintangi oleh Wan Nor Azlin, Riz Amin, Juedian Omar, Dato Rahim Razali.

Sinopsis Drama Menanti Februari

Drama Menanti Februari mengisahkan tentang Arie dan Fiza yang berkahswin atas dasar cinta menyebabkan Edi, rakan baik mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diimpikan oleh Fiza tidak kesampaian kerana Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan sering mengabaikan perasaan Fiza.

Seolah satu kebetulan, segala kejadian pahit manis antara Arie dan Fiza sering berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.

Hendak dijadikan cerita suatu hari Arie hilang dalam kemalangan di lautan dan diberitakan hilang.  Dalam masa kehilangan Arie, Fiza dan Edi menjadi semakin rapat dan akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Mungkin telah tertulis, Arie ditemui selamat dan kembali tetapi mendapat berita bahawa Fiza dan Edie telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap nekad mendapatkan Fiza kembali untuk menebus semua kesalahannya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Ikuti Drama Menanti Februari di slot Samarinda setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malm hanya di TV3

(Visited 1,115 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *