Wednesday , 26 April 2017
Home » Informasi » Elak Kongsi 5 Gambar Ini Di Laman Sosial

Elak Kongsi 5 Gambar Ini Di Laman Sosial

Anda suka berkongsi gambar di laman sosial?  Kemudahan berkomunikasi bersama keluarga dan sahabat maya memberi kelebihan untuk kita menguatkan silaturrahim tetapi ada juga keburukkan jika semua benda pun kita nak tayang di laman sosial

Berikut adalah senarai beberapa jenis gambar yang perlu kita elak berkongsi secara terbuka di alam maya.  Dengan adanya kuasa share dan screenshot kita tidak berdaya untuk menyekat penyebaran informasi peribadi yang kita kongsi.

Elak Kongsi 5 Gambar Ini Di Laman Sosial

Berhati-hati dan fikir sebelum memuat naik sesuatu gambar atau informasi.

Elak Kongsi 5 Gambar Ini Di Laman Sosial

1) Pas Masuk Penerbangan
Berkongsi tentang kisah percutian memang tiada salahnya, tetapi memuat naik gambar pas penerbangan adalah satu tindakan yang kurang bijak. Tanpa anda sedar,  anda telah berkongsi butiran peribadi termasuklah nama penuh, destinasi dan nombor penerbangan. Cuba bayangkan jika butiran peribadi anda itu sampai ke tangan penjenayah. Rumah anda mungkin menjadi sasaran untuk dipecah masuk atau akaun bank anda boleh digodam

2) Wang
Memuat naik gambar cek, kad kredit atau wang tunai sebagai teknik mempromosi bisness nampak seperti perkara biasa. Sudah ramai yang memiat naik gambar sebegini untuk menunjukkan kejayaan atau keuntungan jika menceburi sesuatu bisness.  Tetapi  sedar atau tidak memuat naik gambar wang kertas yang banyak boleh menjadi punca utama anda menjadi sasaran perompak.

3) E-mel Sulit Berkaitan Dengan Kerja
Elak berkongsi surat atau email peribadi di laman maya lebih-lebih lagi jika ia berkaitan hal kerja. Contohnya seperti surat kenaikan pangkat,  tawaran menceburi bisness baru dan sebagainya kerana ini akan boleh membuatkan peluang anda tersekat jika ada pesaing yang ingin mencuri peluang.

4) Sijil Lahir atau MYKad
Jangan sesekali memuat naik sijil lahir, mykad atau lesen memandu di laman sosial. Dokumen-dokumen itu mengandungi maklumat peribadi yang penting dan tidak sesuai langsung untuk dimuat naik di laman sosial. Penjenayah cyber boleh mencuri data peribadi anda dan menggunakannya untuk tujuan tertentu.

5)Pasport
Seperti juga sijil lahir dan mykad,  pasport juga mengandungi data atau maklumat peribadi. Penjenayah cyber yang telah berjaya mencuri data peribadi anda dengan mudah boleh menggunakan identiti anda untuk melakukan kes kes jenayah.

(Visited 58 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *