Wednesday , 20 September 2017
Home » Hiburan » Drama » Drama Jadikan Aku Yang Kedua

Drama Jadikan Aku Yang Kedua

Sinopsis Drama Jadikan Aku Yang Kedua lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli dan Yana Samsudin.  Diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd dan merupakan sebuah lagi adaptasi novel.

Drama Jadikan Aku Yang Kedua akan bersiaran bermula 3 April 2017 di saluran Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135 pada pukul 9:00 malam.

Drama Jadikan Aku Yang Kedua

Drama arahan Rashid Sibir ini akan bersiaran selama 18 episod dan turut dijayakan oleh Fahrin Ahmad, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad, Jesh Thiam, Nadia Khils, Jasmin Hamid dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Jadikan Aku Yang Kedua

Jadikan aku yang kedua mengisahkan tentang Thaqif Aswad lakonan Amar Baharin dan Nuha Saqeena (Amyra Rosli). Pertemuan antara mereka membuatkan Nuha jatuh cinta ada Thaqif.  Tetapi Thaqif sukar melupakan memori silam bersama isterinya yang sudah lama meninggal dunia. Cinta pada arwah isterinya itu terlalu utuh sehingga dia sukar menerima cinta baru.

Tetapi bila memikirkan sepasang anak kembarnya memerlukan kasih sayang seorang ibu, Thaqif sedar dia perlu mencari seorang pengganti.

Pelbagai cara dilakukan Nuha untuk menambat hati Thaqif. Tetapi hati lelaki itu keras macam batu sukar ditembusi.  Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah pula lebih merumitkan keadaan.  Apatah lagi dengan kebencian hajah Latifah terhadap Nuha.  Membuatkan Nuha mengalah dan redha bahawa Thaqif bukan miliknya.

Namun ketika hati Thaqif terbuka untuk Nuha, dia pula terpaksa korbankan perasaannya demi sebuah janji. Dapatkah Thaqif menerima Wazirah sebagai pengganti isterinya sedangkan dia sudah mula jatuh cinta pada Nuha.
Untuk mengetahui kesudahan kisah ini jangan lupa tonton Drama Jadikan Aku Yang Kedua pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9:00 malam hanya di Slot Raihanna Astro Maya HD 135 dan Astro Oasis 106.

 

(Visited 225 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *