Sunday , 28 May 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Trauma Di Cerekarama TV3

Sinopsis Trauma Di Cerekarama TV3

Sinopsis Trauma Di Cerekarama TV3. Trauma lakonan Janna Nick, Saharul Ridzwan dan Zara Zya adalah sebuah telefilem yang akan disiarkan menerusi slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 11 Mac 2017 jam 9:00 malam.

Trauma telah diarahkan oleh pengarah terkenal Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd untuk Drama Festival Kuala Lumpur, DFKL 2017. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Dayana Roza, Idris Khan dan Raja Afiq.

Sinopsis Trauma Di Cerekarama TV3

Sinopsis Trauma Di Cerekarama TV3

Trauma mengisahkan tentang 6 orang kawan yang berkenalan menerusi laman sosial ‘Chatroom’. Mereka adalah Roza (Janna Nick), Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza). Ada satu persamaan yang ketara di antara keenam-enam sahabat ini. Masing-masing pernah mengalami trauma dalam hidup.

Suatu hari mereka merancang untuk bertemu dan bercuti bersama. Roza telah menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian mereka. Ketika Roza mahu mengambil kunci rumah sewa daripada seorang jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit turut ditegur oleh jiran tersebut dengan pepatah yang berbeza-beza.

Tanpa mereka duga,  berlaku pula pelbagai kejadian aneh dan mereka tidak dapat menyelamatkan diri mereka untuk keluar dari rumah sewa itu.

Dapatkah mereka menyelamatkan diri akhirnya?

Untuk anda yang meminati genre suspen sebegini pasti sudah tidak sabar untuk menonton telefilem Trauma. Jangan lupa menonton Trauma menerusi slot Cerekarama TV3 sabtu ini jam 9:00 malam.

(Visited 666 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *