Wednesday , 29 March 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Takdir Yang Terhenti

Sinopsis Takdir Yang Terhenti

Sinopsis Takdir Yang Terhenti. Takdir Yang Terhenti adalah sebuah telefilem lakonan Syafiq Kyle dan Zara Zya yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 jam 9:00 malam.

Takdir Yang Terhenti telah diarahkan oleh Eoon Shuhaini untuk Drama Festival Kuala Lumpur, DFKL 2017. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Jasmine Suraya, Ku Faridah, Amirul Faqeem dan Feiyna Tajudin. Telefilem Takdir Yang Terhenti telah diarahkan oleh Primeworks Studio Sdn Bhd.

Sinopsis Takdir Yang Terhenti

Sinopsis Takdir Yang Terhenti

Takdir Yang Terhenti mengisahkan tentang Asif dan Raudhatul. Masing-masing sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Namun kedua-duanya dijodohkan bersama atas pilihan keluarga. Tiada pilihan lain, Asif dan Raudhatul akhirnya berkahwin.  Tetapi rumahtangga mereka tidak bahagia. Asif menjadi seorang lelaki yang sangat panas baran dan Raudhatul sering dimarahinya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan telefilem ini? Akan ada sinar bahagiakah dalam rumahtangga mereka? Jangan lupa saksikan telefilem Takdir Yang Terhenti di Slot Cerekarama TV3 bermula jam 9:00 malam pada hari sabtu ini, 4 Mac 2017.

Selamat menonton.

(Visited 2,434 times, 4 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *