Wednesday , 26 April 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Drama Cik Serba Tahu lakonan Remy Ishak dan Sari Yanti mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Carl Adham yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memikat hati gadis idaman bernama Aerna.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Drama Cik Serba Tahu mengisahkan Aerna yang sukar untuk menerima Carl Adham dalam hidupnya biarpun bermacam-macam usaha dilakukan oleh lelaki itu untuk memikat hatinya. Biarpun baru sahaja bertemu, Carl Adham sudah mengajaknya untuk bertunang dan berkahwin.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

 

Aerna digelar Cik Serba Tahu kerana hampir semua benda yang diagak selalunya betul. Ini membuatkan Aerna seolah tahu banyak rahsia tentang orang lain. Ayah Aerna risau jika dia mengetahui semua perkara, Aerna akan mengabaikan diri sendiri. Jadi ayahnya nekad untuk mengahwinkan anak gadisnya kepada mana-mana lelaki yang datang meminang.

Dapatkah Aerna membuka pintu hati dan menerima sesiapa sahaja yang datang meminangnya?

Cik Serba Tahu yang telah diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli akan bersiaran selama 16 episod bermula pada 27 Mac 2017 di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD

Drama terbitan Orangetree Production Sdn Bhd ini adalah sebuah adaptasi novel karya Syamnuriezmil. Antara barisan pelakon yang turut menjayakan drama Cik Serba Tahu adalah Zarul Umbrella, Iedil Putra, Ilya Buang, Riana AF, Dynas Mokhtar dan Nadia Brian.

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini jangan lupa tonton Drama Cik Serba Tahu di Astro Ria dan Astro Ria HD pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam bermula 27 Mac 2017.

(Visited 124 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *