Wednesday , 20 September 2017
Home » Hiburan » Si Kijang Merah Cerekarama TV3

Si Kijang Merah Cerekarama TV3

Si Kijang Merah Cerekarama TV3. Si Kijang Merah adalah tajuk telefilem untuk slot cerekarama TV3 minggu ini,  18 Mac 2017. Mengisahkan tentang sukan bola sepak,  siaran si Kijang Merah adalah bersempena dengan Drama Festival Kuala Lumpur 2017 ((DFKL).

Si Kijang Merah telah diarahkan oleh Nizam Zakaria dan dibintangi oleh Harris Alif, Firdaus Ghufran,  Ahmad Ezzrin Loy dan Zamarul Hisyam. Kisah ini merupakan hasil karya Raja Edora Mohamed.

Si Kijang Merah Cerekarama TV3

Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama Si Kijang Merah adalah Alis Mariya, Izzy Reef, Luqman, Raja Atiqullah, Mustapha Kamal dan Laila Nasir,

Si Kijang Merah Cerekarama TV3

Si Kijang Merah  mengisahkan tentang Amar yang mengimpikan untuk melihat pasukan bola sepak kegemarannya beraksi di perlawanan akhir Piala FA.

Amar berusaha mencari duit untuk memastikan dia berpeluang melihat pasukan Kelantatan di Final Piala FA.  Namun ketika impiannya sudah semakin menjadi keyakinan, malang pula yang menimpa.

Agaknya dapat ke Amar menyaksikan perlawanan final tu? Untuk mengetahui kesudahan telefilem ini jangan lupa tonton Si Kijang Merah di slot Cerekarama TV3, sabtu ini 18 Mac jam 9:00 malam.

(Visited 174 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. Macam best je cerita ni…. jom sama2 kita tengok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *