Wednesday , 20 September 2017
Home » Informasi » Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan. Buah Durian Belanda yang mempunyai rasa masam manis semakin popular kerana dikatakan mempunyai khasiat untuk mencegah dan merawat penyakit kanser. Terdapat sejenis zat dalan durian belanda yang dikatakan dapat membunuh sel kanser payudara, prostat, paru-paru dan banyak lagi.

Selain menghindari serangan sel kanser, buah yang berduri lembut ini mempunyai banyak khasiat yang lain untuk meningkatkan tahap kesihatan jika pengambilannya kerap diamalkan.

Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Durian Belanda Untuk Kesihatan

1) Meningkatkan Tenaga – Durian Belanda berkhasiat untuk merawat masalah kerap letih dan lesu. Aroma buah durian belanda bukan sahaja menyegarkan tetapi ia juga boleh menaikkan mood gembira dan membuatkan anda berasa lebih ceria. Amalan makan atau minum jus durian belanda akan membantu membuatkan anda rasa lebih bertenaga.

2) Melancarkan Pembuangan Air Kencing – Pengambilan jus durian belanda dapat melancarkan pembuangan air kencing. Ia sesuai diambil oleh mereka yang sukar nak membuang air kencing ataupun yang mempunyai masalah kencing tak lawas.

3) Mengurangkan Sakit Migrain – Buah durian belanda kaya dengan vitamin B2 dan Ribloflavin yang membantu mengurangkan rasa sakit kepala terutamanya rasa sakit migrain.

4) Mencegah Anemia – Buah durian belanda juga kaya dengan kandungan zat besi, iaitu sejenis zat yang diperlukan untuk merawat masalah kurang sel darah merah atau anemia.

(Visited 92 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *