Wednesday , 24 May 2017
Home » Informasi » Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua

Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua

Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua. Pantang larang orang tua sering dianggap tidak logik dan merepek. Begitu jarang sekali ada generasi muda yang ingin mengikutinya.

Tetapi kalau difikirkan balik mungkin ada logik dan kebenaran di sebalik amaran atau teguran orang tua. Jom kita kaji maksud di sebalik pantang larang mereka.

Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua

Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua.

1) Keluar Rumah Waktu Senja
Pantang larang: Jangan keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
Kebenaran: Waktu solat maghrib kan singkat, nanti terlajak pula waktu untuk bersolat. Orang yang tak bersolat ni memang boleh geng dengan hantu.

2) Jangan Buka Payung Dalam Rumah
Pantang Larang: Kalau buka payung dalam rumah, ular akan masuk.
Kebenaran: Boleh membahayakan orang lain, tak pasal-pasal tercucuk mata orang lain nanti. Dalam rumah bukannya luas macam kat luar kan.

3) Jangan Lalu Di Bawah Kain Jemuran
Pantang Larang: Akan pening kepala
Kebenaran: Takut kain jemuran akan jatuh ke atas tanah atau lantai dan akan kotor semula. Lepas tu mesti pening kena basuh semula kan.

4) Selepas Makan, Jangan Biar Pinggan Kering. Tuang Sedikit Air.
Pantang Larang: Kalau pinggan dibiarkan kering akan keringlah rezeki.
Kebenaran: Pinggan kalau dibiarkan kering, memang susah nak cuci kan.

5) Jangan Berpindah Tempat Ketika Sedang Makan
Pantang Larang: Nanti akan berkahwin banyak kali.
Kebenaran: Nanti makanan akan bersepah merata-rata.

Mungkin anda juga pernah mendengar pantang larang lain dari ibu bapa atau atuk dan nenek yang anda rasa tidak logik. Cuba anda kaji semula, mana tahu mungkin anda akan jumpa Kebenaran Di Sebalik Pantang Larang Orang Tua.

 

(Visited 64 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *