Tuesday , 25 July 2017
Home » Informasi » Anda Sembelit? Cuba Petua Merawat Sembelit Dengan Cepat

Anda Sembelit? Cuba Petua Merawat Sembelit Dengan Cepat

Anda Sembelit? Cuba Petua Merawat Sembelit Dengan Cepat.  Rasa sakit perut akibat sembelit memang menyeksakan. Kadangkala sampai berjam-jam kena duduk dalam tandas.

Punca sembelit selalunya dikaitkan dengan kurang minum air atau kurang bersenam. Kalau terlalu kerap sembelit dan dibiarkan tanpa dirawat boleh menyebabkan buasir.

Anda Sembelit? Cuba Petua Merawat Sembelit Dengan Cepat

Untuk mengelak dari terkena sembelit, anda perlu pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Kalau anda kerap berpeluh, kenalah minum lebih dari 8 gelas air.  Selain itu anda perlu lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian anda.

Anda Sembelit? Cuba Petua Merawat Sembelit Dengan Cepat

Ada pelbagai jenis ubatan yang dijual di farmasi untuk merawat masalah sembelit tetapi anda juga boleh cuba petua rawat sembelit yang kami kongsikan di bawah ini.  Memang berkesan tau.

Petua Merawat Sembelit

1) Kerap makan pisang,  betik atau buah prun.

2) Kisar dua biji pisang dengan air.  Amalkan minum air pisang dua kali sehari.

3) Minum dua gelas air suam sejurus selepas bangun pagi. Ataupun minum segelas air detox.  Boleh belajar cara menyediakan air detox dalam artikel Cara Buat Air Detox

4) Lebihkan makanan berserat seperti oat.

Semoga artikel perkongsian petua ini membantu anda untuk merawat masalah sembelit.

 

(Visited 58 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *