Sunday , 17 December 2017
Home » Resipi » Resepi Donat Coklat Yang Sedap

Resepi Donat Coklat Yang Sedap

Resepi Donat Coklat Yang Sedap. Anda penggemar kuih donat? Apa kata anda cuba resepi donat coklat yang sedap ini. Buat sendiri di rumah, pasti lagi sedap dan puas bila makan bersama keluarga.

Donat coklat selain menjadi kegemaran kanak-kanak, turut menjadi kegemaran si hantu coklat. Sedap kalau makan dengan teh o panas sambil menikmati waktu santai bersama keluarga.

Resepi Donat Coklat Yang Sedap

Resepi Donat Coklat Yang Sedap

Bahan-bahan

  • 1400g tepung gandum tinggi protein
  • 600g tepung gandum biasa
  • 30g instant yeast (mauripan)
  • 300g gula pasir
  • 300g marjerin
  • 900ml air sejuk
  • 200g telur
  • 60g susu tepung
  • 20g baking powder
  • 1 sudu teh ‘bread imporver’
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit garam
  • minyak untuk menggoreng
  • 500g coklat masakan (dicairkan menggunakan teknik double boiling)

Cara Membuat Donat Coklat Yang Sedap

  1. Satukan tepung gandum, instant yeast, susu tepung, gula pasir, baking powder, bread improver, esen vanilla dan garam. Gaul rata
  2. Kemudian masukkan air sejuk, marjerin dan putar dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 12 minit atau sehingga adunan sebati dan kembang. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh dibentukkan
  3. Selepas itu bulatkan adunan dan tutup selama 30 hingga 60 minit atau sehingga adunan tersebut menjadi kembang dua kali ganda.
  4. Uli adunan dan canai adunan dengan ketebalan 1 cm. Guna pemotong donat untuk memotong atau anda boleh bentukkan sendiri menggunakan tangan. Ulangi sehingga habis kesemua adunan.
  5. Biarkan adunan yang sudah dibentuk berehat selama 40 minit.
  6. Kemudian panaskan minyak dan goreng donat sehingga berwarna kekuningan
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Akhir sekali tuang coklat masakan yang telah dicairkan ke atas donat. Anda boleh hiaskan donat mengikut kreativiti anda sendiri.

Jangan lupa mencuba Resepi Donat Coklat Yang Sedap hujung minggu nanti.

(Visited 253 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment