Wednesday , 24 May 2017
Home » Informasi » Cara Putihkan Siku Yang Gelap

Cara Putihkan Siku Yang Gelap

Cara Putihkan Siku Yang Gelap. Siku berwarna gelap dan kulit kering pasti menjejaskan penampilan. Kadang-kadang sapu pelbagai jenis losyen pun tidak dapat membantu. Warna kulit nampak tidak sekata berpunca dari kulit kering yang adakalanya seperti mengelupas.

Kulit muka putih, gebu dan lembab tapi alahai bahagian siku pula buat hal. Lutut dan bahagian buku lali pun selalu ada masalah sama, gelap dan nampak seperti berdaki pula. Hurmmm…Nak buat macam mana la ye.

Cara Putihkan Siku Yang Gelap

Ada satu petua mudah yang boleh anda cuba, hanya dengan menggunakan dua jenis bahan yang mudah didapati.

Cara Putihkan Siku Yang Gelap

Campuran gula kasar dengan minyak zaitun, buat seperti skrub. Jangan guna gula ising plak, memang tak menjadi la skrub tu nanti.

Cara nak gunakan skrub ni,  anda hanya perlu gosokkan skrub gula dan minyak zaitun pada bahagian siku. Kalau buat sekali je, memang la takkan putih. Kena rajin amalkan setiap hari. Ingat, setiap hari tau, bukan sekali sekala. Amalkan skrub ini sampai kulit siku jadi cerah dan lembut. Jangan lupa pula gosok pada bahagian lutut dan buku lali juga. Ala bukannya susah pun, sambil tengok tv pun boleh gosok skrub gula dan minyak zaitun.

Lepas dah gosok, cuci dengan air bersih dan lap kering. Kalau tak cuci nanti, habis siku dan lutut kena serang dengan semut.

Kalau nak cantik, kenalah rajin sikit. Hasilnya nanti mesti anda puas hati. Siku, lutut dan buku lali dah cerah dan kulit pun nampak lembab dan dah tak mengelupas dah.

Selamat mencuba.

 

 

(Visited 110 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *