Wednesday , 29 March 2017
Home » Informasi » 5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi. Ada kajian yang menunjukkan sakit gigi antara rasa sakit yang paling menyakitkan. Memang azab bila sakit gigi, rasa macam nak ambil playar dan cabut je gigi yang sakit tu. Jangan pula ada yang tiru aksi ini.

Jika anda sakit gigi, eloklah segera jumpa doktor gigi. Jangan telan pil penahan sakit banyak sangat, nanti ada kesan sampingan lain pula pada kesihatan anda. Tapi kalau sakit gigi di waktu malam, mana ada klinik gigi yang buka, jadi Notainfo kongsikan 5 cara mudah untuk hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba dirumah sementara menunggu pagi.

5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

1. Berkumur dengan Air Garam – Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda lakukan bila tiba-tiba diserang sakit gigi. Anda hanya perlu ambil segelas air suam dan tambahkan satu sudu garam. Kacau sehingga garam larut, selepas itu kumur.

2. Bunga Cengkih Jika gigi anda sakit sebab berlubang, anda boleh ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan tumbuk menjadi serbuk. Selepas itu masukkan serbuk bunga cengkih dalam lubang gigi. Sakit gigi akan beransur hilang. Kalau nak cepat, ambil 2 atau 3 kuntum bunga cengkih dan kemam seketika.

3. Rebusan Daun Serai – Air rebusan daun serai juga mujarab untuk menghilangkan sakit gigi. Anda perlu ambil beberapa helai daun serai dan tumbuk sehingga lumat. Tuangkan air yang mendidih dan tambahkan sedikit garam. Sejukkan seketika dan kumur dengan air serai tersebut. Tetapi pada pendapat saya, petua ini agak leceh untuk dilakukan lebih-lebih lagi kalau tengah sakit gigi. Lainlah kalau ada orang lain yang nak tolong buatkan. Betul tak?

4. Tomato Muda – Ambil sebiji tomato muda dan hiris nipis-nipis. Masukkan hirisan tomato ke tempat gigi yang sakit dan berlubang. Kata orang dulu-dulu, kalau gigi berlubang tu berulat, ulat akan keluar bila letak tomato. Betul ke tidak, saya tak pasti. Tapi kalau betul, jangan terkejut pula sebab awal-awal lagi saya dah ingatkan.

5. Habbatussauda – Habbatussauda memang terkenal dengan khasiatnya. Ia juga mujarab untuk hilangkan sakit gigi.  Caranya anda hanya perlu ambil sedikit serbuk habbatussauda dan lumurkan atau sapukan pada gigi yang sakit. Sapu juga pada kawasan gusi. Sakit gigi akan berkurangan dan hilang.

5 Petua Berkesan Hilangkan Sakit Gigi ini hanya untuk melegakan sakit gigi anda buat sementara. Anda perlu juga berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut. Jangan biarkan sakit gigi anda melarat sampai menjejaskan kesihatan anda pula.

(Visited 59 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *