Friday , 22 June 2018
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Sinopsis Drama Sumpah Ibu. Drama Sumpah Ibu akan menggantikan Diari Cinta Kita bermula 8 Januari 2017 di slot Azalea TV9. Dibintangi oleh Adiba Yunus dan Nafiez Zaidi dan diterbitkan oleh A.Aida Production.

Drama Sumpah Ibu akan bersiaran selama 20 episod dan boleh ditonton pada setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8:30 malam di TV9 dan siaran ulangan boleh diikuti di saluran TV3 atau di laman web tonton.com.my

Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Antara pelakon lain yang menjayakan Drama Sumpah Ibu adalah Rashidah Jaafar, Faiz Tapaw, Erry Putra, Eyka Darhana dan ramai lagi. Drama kisah kekeluargaan ini telah diarahkan oleh Rusdi Ramli.

Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Drama Sumpah Ibu mengisahkan tentang seorang gadis yang bijak bernama Intan. Dia berasal dari keluarga yang miskin dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk membantu keluarganya. Ibu Intan terpaksa bertanggungjawab menyara mereka sekeluarga selepas ayahnya lumpuh. Intan juga mempunyai seorang abang yang cacat dan juga seorang adik.

Haris yang merupakan kekasih kepada Intan sentiasa menjadi pendorong buatnya. Malah Haris juga banyak membantu keluarga Intan. Kasmah, ibu kepada Intan begitu menyayanginya. Namun Intan kerap memarahi ibunya kerana terasa terbeban dengan kemiskinan keluarga mereka. Demi mengutamakan masa depan Intan, Kamsah sanggup menjual semua barang kemasnya. Dia mengharapkan Intan dapat melanjutkan pelajaran dan membantu keluarga bila dia dah berkerjaya kelak.

Namun setelah berjaya, Intan mula lupa diri. Dia memilih kemewahan dan melupakan pengorbanan ibunya. Malah Intan juga sanggup curang terhadap kekasihnya Haris yang selama ini banyak membantunya.

Hendak dijadikan cerita, kekasih baru Intan yang bernama Nasir terlibat dalam projek pembinaan di kampung Intan. Intan sanggup mencadangkan kepada Nasir untuk memberi wang pampasan dan menghalau penduduk kampung termasuk keluarganya.

Ketika ayahnya sakit tenat dan pada saat ayahnya meninggal dunia, Intan langsung tidak pulang. Malah Intan sanggup membiarkan adiknya dipukul ketika adiknya datang untuk memujuknya pulang. Sikap Intan itu membuatkan ibunya menjadi murung dan sedih. Kamsah kecewa dengan sikap Intan yang seolah telah melupakan sumpahnya untuk berjasa kepada keluarga bila dah berjaya.

Menarikkan Sinopsis Drama Sumpah Ibu ini. Adakah Intan akan terus hidup bahagia dengan kemewahan sedangkan sumpahnya pada keluarga langsung tidak ditunaikan. Dapatkah Kamsah memaafkan anak yang menjadi harapannya itu?

Jangan lupa tonton Drama Sumpah Ibu pada setiap Selasa hingga Ahad, jam 8:30 malam hanya di slot Azalea TV9.

(Visited 2,599 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. mesti sedih cerita nih