Monday , 21 August 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak. Drama Sayang Papa Saya Tak lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong bakal disiarkan pada 9 Januari 2017 di saluran Astro Ria. Drama adaptasi novel karya Hanni Ramsul ini telah diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama Sayang Papa Saya Tak yang akan bersiaran selama 16 episod telah diarahkan oleh Amie Maziah. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wan Sharmila, Aida Khalida, Luqman Hafidz, Seri Aileen, Izara Aishah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak

Drama Sayang Papa Saya Tak mengisahkan tentang seorang gadis yang agak mata duitan bernama Raisya. Dia melarikan diri dari sebuah rumah anak yatim kerana tidak mahu menyambung pelajaran. Untuk menampung kehidupannya Raisya bekerja sebagai seorang pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Raisya memang cekap menguruskan Qalish yang merupakan anak kepada Farish.

Ibu Farish begitu tertarik dengan kecekapan Raisya menjaga Qalish sehingga dia nekad untuk menyatukan Raisya dan Farish. Kebetulah Farish sering murung setelah kematian isteri yang merupakan ibu kepada Qalish. Raisya bersetuju untuk berkahwin dengan Farish, lebih-lebih lagi kerana dia turut menerima RM 100,000 sebagai imbuhan.

Pada Farish, isteri barunya itu adalah seorang mata duitan. Namun bagi Raisya dia tidak peduli apa sekali tanggapan Farish kepadanya. Duit RM 100, 000 itu terlalu bermakna untuknya kerana dia ingin menyumbangkan semuanya kepada rumah anak yatim yang pernah menjadi rumahnya dulu.

Perkahwinan antara Farish dan Raisya membuatkan Farish mula mengenali sikap sebenar Raisya dan masing-masing mula saling jatuh cinta. Namun kebahagiaan yang baru dikecapi mula goyah dengan kehadiran Azyan yang merupakan kawan baik kepada arwah isteri pertama Farish dan juga Aleya yang merupakan bakal tunang kepada adik kembar Farish yang bernama Fakhrul.

Apakah Raisya akan bahagia disisi Farish atau kehadiran Azyan dan Aleya akan menghancurkan kebahgiaan tersebut.

Jika anda terpikat pada Sinopsis Drama Sayang Papa Saya Tak, jangan lupa tonton drama ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 bermula 9 Januari 2017.

(Visited 5,189 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. Soalan : sayang papa saya tak

    Jawapan : sayangggg

    Hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *