Thursday , 23 November 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Papa Ricky

Sinopsis Drama Papa Ricky

Sinopsis Drama Papa Ricky. Drama Papa Ricky lakonan Fadhlan Hazim dan Elizad Sharifuddin yang menggantikan Lara Aishah bakal bersiaran bermula 16 Januari 2017 di Astro Prima.

Drama Papa Ricky yang bakal bersiaran selama 80 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela Chile. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah adik Nur Qistina Raisah, Hafizul Kamal, Farah Nabilah, Nazmi Nordin, Shakilla Khoriri, Tunku Hanis dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Papa Ricky

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Harris Fadzillah, Drama Papa Ricky akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang di Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135

Pelakon Drama Papa Ricky

Sinopsis Drama Papa Ricky

Drama Papa Ricky mengisahkan tentang seorang duda bernama Ricky (Fadlan Hazim) yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun. Ricky sangat meminati seorang wanita bernama Zara. Namun anak Ricky, Alisya (Nur Qistina Raisah) seakan merasakan bahawa Zara tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik kepadanya.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Berjayakan Zara memenangi hati Alisya? Akan bahagiakah mereka bertiga?

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Drama Papa Ricky bermula 16 Januari ini hanya di Astro Prima dan Astro Maya pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang.

(Visited 10,671 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *