Sunday , 28 May 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Drama Meh Sandar Pada Aku gandingan Mira Filzah dan Aliff Aziz merupakan satu lagi adaptasi novel yang bakal disiarkan di slot Dahlia TV3. Drama 13 episod ini telah diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Meh Sandar Pada Aku telah diarahkan oleh Emi Suffian. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Redza Rosli, Jaja Iliyes, Aishah Ilias, Azri Iskandar, Asyraf Aley, Badrul Muhayat, Fiza Halim, Raja Ema dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku

Drama Meh Sandar Pada Aku mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Afnan Tasneem yang agak lurus bendul orangnya. Dia menjalani latihan praktikal di sebuah pusat penyelidikan dibawah seorang penyelia bernama Dr Syed Nadzhan.

Dr Syed Nadzhan adalah seorang lelaki yang agak sombong dan agak membenci perempuan. Dia menganggap kehadiran perempuan hanya akan menyusahkan hidupnya. Kehadiran Afnan begitu memeningkan Dr Syed. Inilah kali pertama dia menerima seorang pelajar praktikal perempuan.

Dr Syed kerap membuli Afnan. Dia sering mengarahkan Afnan melakukan kerja tanpa memberi tunjuk ajar. Pada Adam Naufal tempat Afnan mengadu tentang Dr Syed. Adam juga merupakan seorang pelajar praktikal dibawah penyeliaan Dr Syed. Namum kehadiran Adam membuatkan Dr Syed makan hati.

Dalam diam, Adam dapat merasakan yang Dr Syed menyukai Afnan. Dia sengaja rapat dengan Afnan untuk membuatkan Dr Syed cemburu. Namun Afnan pula menganggap Adam mencintainya.

Keadaan menjadi tegang bila ibu Afnan berkahwin dengan ayah Dr Syed. Dalam masa yang sama ayah Dr Syed pula merancang menjodohkan Afnan dengan Syed Emir yang merupakan sepupu kepada Dr Syed. Dan dalam diam Dr Syed juga ditunangkan dengan Dr Aleesya.

Malang menimpa bila bapa Dr Syed dan ibu Afnan meninggal dalam satu kemalangan. Atas rasa tanggungjawab kepada Afnan, Dr Syed memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan menikahi Afnan. Dr Aleesya tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia dimasukkan dalam hospital sakit jiwa. Tetapi mujur, dia berjaya dipulihkan dengan bantuan dari Dr Syed.

Apakah akan terjadi kepada drama ini, bahagiakah Dr Syed dan Afnan? Bagaimana pula kisahnya dengan perhubungan antara Adam Naufal dan Afnan?

Menarikan Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Jangan lupa menontonnya nanti. Ataupun anda boleh tonton drama ini lebih awal di tonton.com.my

(Visited 2,801 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *