Monday , 1 May 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Kerana Anisa

Sinopsis Drama Kerana Anisa

Sinopsis Drama Kerana Anisa. Drama Kerana Anisa lakonan Zara Zya, Mustaqim Bahadon dan Fahrin Ahmad telah menggantikan Lara Cinta Ameena di slot Samarinda TV3.

Drama Kerana Anisa yang diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd ini telah diarahkan oleh Jamal Khan dan mula bersiaran pada 9 Januari 2017 setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama 15 episod ini adalah Sura Sojangi, Aman Graseka, Ellie Suriati, Uqasha Senrose, Shaharudin Thamby dan Ira Ghani.

Sinopsis Drama Kerana Anisa

Lagu Bagaimana nyanyian Elji telah dipilih sebagai OST atau Lagu Tema untuk Drama Kerana Anisa.

Sinopsis Drama Kerana Anisa

Kerana Anisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Anisa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam dan berjaya dalam hidupnya. Dia berkawan dengan Syukri yang banyak memberikan semangat dan dorongan buatnya.

Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian manakala Anisa yang juga lulus dengan begitu cemerlang, merancang untuk menyambung pengajian di universiti tempatan. Biarpun berjauhan mereka tetap berhubung melalui surat.

Persahabatan antara Anisa dan Syukri tidak disenangi oleh Long Yahya yang merupakan ayah kepada Anisa. Malah niat Anisa untuk menyambung pengajian juga dihalang oleh ayahnya. Zahid yang menjadi pilihan Long Yahya kerana kekayaannya orang tuanya menghantar rombongan meminang Anisa. Biarpun Anisa membantah, Long Yahya tetap memaksa Anisa berkahwin dengan Zahid.

Zahid bukan lelaki yang baik. Selepas berkahwin, dia melayan Anisa dengan begitu teruk sekali. Boleh dikatakan hampir setiap hari Anisa di seksa Zahir dan Batin. Lebih memburukan keadaan bila Zahid mendapat tahu tentang hubungan antara Anisa dan Syukri.

Apa akan terjadi kepada Anisa. Adakah kebahagiaan akan menjadi miliknya satu hari nanti?

Untuk mengetahui kesudahan kisah antara Anisa, Syukri dan Zahid, jangan lupa ikuti drama Kerana Anisa pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam hanya di TV3.

(Visited 9,097 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *