Sunday , 30 April 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Jejak Karmila

Sinopsis Drama Jejak Karmila

Sinopsis Drama Jejak Karmila. Drama Jejak Karmila lakonan Mia Ahmad, Fauziah Dato Ahmad Daud dan Ruhainies akan mula bersiaran malam ini 11 Januari di slot Zehra TV3.

Drama Jejak Karmila yang merupakan sebuah adaptasi novel telah diarahkan oleh Murali Abdullah dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Jejak Karmila

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Asyraf Aley, Fauziah Nawi, Amy Mastura, Johan As’ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Lagu Sekian Terima Kasih telah dipilih sebagai OST atau Lagu Tema untuk drama ini. Untuk menghayati lirik dan menonton videoklipnya, layari pautan LAGU TEMA DRAMA JEJAK KARMILA

Sinopsis Drama Jejak Karmila

Drama Jejak Karmila mengisahkan tentang Karmila, Suraya dan Nonie. Karmila telah dihukum penjara selama 20 tahun kerana secara tidak sengaja telah membunuh suaminya demi untuk melindungi dua orang anak perempuannya iaitu Suraya dan Nonie.

Hendak dijadikan cerita, bila Suraya dan Nonie membesar mereka menjadi tidak sehaluan pula. Nonie sering mencemburui Suraya kerana seorang lelaki bernama Syed Haikal. Lebih mengeruhkan keadaan bila Syed Haikal bukan jenis lelaki yang setia. Suraya dia nak, Nonie pun dia nak.

Namun disebalik cinta tiga segi itu terbongkar pula satu rahsia tentang perhubungan Karmila dengan ayah Syed Haikal yang bernama Syed Hamidi .

Apakah pertalian antara mereka berlima ini?

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa tonton drama Jejak Karmila bermula 11 Januari ini pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam hanya di Slot Zehra TV3.

(Visited 2,792 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *