Thursday , 24 August 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Cerekarama Di Pintu Syurga

Sinopsis Cerekarama Di Pintu Syurga

Sinopsis Cerekarama Di Pintu Syurga. Tonton telefilem Di Pintu Syurga lakonan Redza Rosli dan Janna Nick malam ini di slot Cerekarama TV3. Di Pintu Syurga merupakan tajuk lagu nyanyian Dayang Nurfaizah dan tayangan istimewa cerekarama minggu ini bersempana Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 31.

Di Pintu Syurga telah di arahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini adalah Arash Mohd, Aleza Shadan dan Syafnida Shuhaimi.

Sinopsis Cerekarama Di Pintu Syurga

Sinopsis Cerekarama Di Pintu Syurga

Di Pintu Syurga mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jannah yang telah di jodohkan oleh ibubapanya untuk bernikah dengan seorang lelaki bernama Faris. Satu hari Jannah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan selepas itu dia mula jatuh cinta pada Faris. Namun bahagia yang mereka berdua miliki tidak kekal lama.

Apakah yang menjadi penghalang antara kebahagiaan Faris dan Jannah? Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa tonton Cerekarama Di Pintu Syurga pada pukul 9:00 malam ini di TV3.

(Visited 1,728 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *