Friday , 27 April 2018
Home » LIGA SUPER 2017 » Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017. Siaran Langsung Piala Sumbangsih 20 Januari 2017 ini akan menyaksikan saingan antara pasukan JDT vs Kedah. Perlawanan ini juga merupakan aksi pembuka tirai Liga Super 2017 untuk tahun ini.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan Kedah di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos Larkin. Sepak mula dijadualkan pada pukul 9:00 malam.

Pada musim 2016 yang lalu, pasukan JDT berjaya dinobatkan sebagai Juara Liga Super manakala pasukan Kedah pula merangkul Piala Malaysia. Sebagai juara bolasepak musim 2016, tentunya kedua-dua pasukan ini akan memberikan saingan yang sengit untuk memenangi Piala Sumbangsih pada 20 Januari nanti.

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

 

Selain bersaing untuk Piala Sumbangsih, JDT dan Kedah juga beraksi untuk merebut tiga mata pertama untuk saingan Liga Super 2017.

Sejarah Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah

Live Streaming JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2017 JDT vs Kedah akan disiarkan secara live oleh Stesen Media Prima menerusi saluran TV3 bermula dengan aksi pra perlawanan seawal jam 8:30 malam. Para penyokong bolasepak tempatan juga boleh menonton online perlawanan antara JDT vs Kedah 20 Januari 2017 di tonton.com.my

Live JDT vs Kedah Piala Sumbangsih 2017

Jika ada sebarang pautan live streaming atau siaran langsung JDT vs Kedah 20 Januari  yang disiarkan online oleh laman web yang lain, akan kami kongsikan sebelum berlangsung perlawanan ini pada jumaat nanti.

Jika dinilai di atas kertas, pasukan JDT mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di laman sendiri ditambah dengan sorakkan dari para penyokong namun bila berada di atas padang, apa sahaja boleh berlaku.

Piala Sumbangsih 2017

JDT vs Kedah
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos Larkin
20 Januari 2017 – 9:00 malam

(Visited 4,960 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...