Wednesday , 24 May 2017
Home » Informasi » 7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia

7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia

7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia. Anemia adalah kekurangan jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin dalam darah. Ia disebabkan oleh kekurangan zat besi.

Zat besi merupakan antara mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan. Wanita yang berusia dalam lingkungan 19 ke 50 tahun memerlukan kadar zat besi yang lebih banyak berbanding lelaki.

7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia

Antara simptom kekurangan zat besi adalah badan terasa lemah dan lesu, mudah pening dan jika tidak dirawat akan berlakunya anemia.

7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia

Penyakit anemia atau kekurangan zat besi boleh dicegah dengan pengambilan beberapa jenis makanan yang dikatakan kaya dengan zat besi. Antaranya seperti

1) Sayur Bayam – Sayur bayam memang kaya dengan vitamin A dan zat besi. Pastikan anda mengambil sayur bayam dalam kuantiti mencukupi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selain digoreng, sayur bayam juga sedap dibuat sup.

2) Tauhu – Selain tinggi dengan protein, tauhu juga kaya dengan zat besi. Jadi jika anda ingin tambah zat besi dalam diet seharian, pastikan anda selitkan hidangan tauhu untuk makan tengahari atau makan malam.

3) Spirulina – 1 sudu teh spirulina dikatakan mengandungi 2mg zat besi, jadi pengambilan spirulina sangat bagus untuk menambahkan zat besi dalam tubuh. Selain itu spirulina juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, vitamin B12 dan Vitamin E.

4) Serbuk Koko atau Dark Chocolate – Kajian menunjukkan dark chocolate lebih kaya dengan zat besi berbanding daging lembu. Jadi untuk anda yang selalu rasa lemah dan lesu akibat kekurangan zat besi, bolehlah amalkan pengambilan minuman berkoko ataupun dark chocolate.

5) Kangkung – Satu lagi sayuran hijau yang kaya dengan zat besi adalah kangkung. Malah kangkung juga kaya dengan vitamin A, vitamin C, Kalsium dan juga kalium.

6) Roti Gandum – Amalkan pengambilan roti gandum yang juga kaya dengan zat besi dan lebih menyihatkan berbanding roti putih.

7) Buah-buahan Kering – Buah-buahan kering seperti kismis, peach, aprikot dan plum antara buah-buahan yang kaya dengan zat besi. Pastikan anda membeli buah-buahan kering yang tanpa gula tambahan untuk kesihatan anda.

Itulah senarai 7 Jenis Makanan Untuk Elak Penyakit Anemia yang boleh anda cuba. Selain itu anda perlu lebihkan pengambilan daging lembu, telur, kekacang, makanan laut, madu, kurma dan buah-buahan segar.

(Visited 89 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. artikel yg sangat bermanfaat, boleh diaplikasi ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *