Thursday , 19 October 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan. Drama Isteri Tuan Ihsan lakonan Aaron Aziz dan Amyra Rosli bakal disiarkan di saluran Astro Ria 104 tidak lama lagi menggantikan drama Awak Sangat Nakal.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Turut menjayakan drama 20 episod ini adalah Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwin, Nadia Mustafar, Livonia Ricky, Ruzana Ibrahim dan Qazem Nor. Drama Isteri Tuan Ihsan ini telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan

Drama Isteri Tuan Ihsan mengisahkan tentang tentang Seroja Irdina lakonan Amyra Rosli  dan Tuan Ihsan Iskandar (Aaron Aziz). Seroja Irdina adalah seorang pelajar universiti di ibukota. Dia gemar berhibur di kelab-kelab malam bersama teman-temannya. Biarpun hidupnya nampak mudah dan ceria tapi dalam diam dia berperang dengan jiwanya.

Tuan Ihsan Iskandar pula adalah seorang lelaki kaya raya yang sudah agak berumur. Jalan hidupnya penuh duka dan kerana itu dia mengelak untuk bercinta lagi. Biarpun dia memiliki harta dan nama tetapi semua itu tidak mampu menceriakan jiwanya.

Kerana sekeping wasiat, Seroja dan Tuan Ihsan bertemu. Sebelum meninggal, ibu Seroja yang merupakan bekas kekasih Tuan Ihsan telah memintanya untuk menjaga Seroja. Dan kerana wasiat itu, Seroja yang dulunya hidup sebatang kara, terpaksa berpindah ke banglo mewah milik Tuan Ihsan.

Apakah pertemuan itu akan merubah kehidupan dua insan yang selama ini berbeza cara hidup?

Selepas membaca Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan, jangan lupa tonton episod pertama tidak lama lagi di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

(Visited 2,141 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *