Tuesday , 27 June 2017
Home » Hiburan » Drama » Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita. Drama Diari Cinta Kita lakonan Fezrul Khan, Tasha Shilla dan Ayu Raudhah akan mula disiarkan pada 16 Disember ini menggantikan drama Ainur Mardhiyah.

Drama Diari Cinta Kita yang akan bersiaran 20 episod turut dibintangi oleh Reen Rahim, Bell Ngasri, Shajiry, Nor Albaniah dan Dato Ahmad Tarmimi.

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Drama arahan Nazir Jamaluddin ini telah diterbitkan oleh Sekutu Saujana Production Sdn Bhd dan akan disiarkan pada setiap Selasa hingga Ahad, jam 8:30 malam hanya di slot Azalea TV9 dan menerusi siaran ulangan di TV3 tidak lama lagi.

Sinopsis Drama Diari Cinta Kita

Drama Diari Cinta Kita mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Hakim yang bersifat sangat romantik terhadap isterinya Nurul Iman. Hakim dan Nurul Iman telah berkahwin selama 7 tahun namun tidak dikurniakan zuriat. Mereka tetap bahagia biarpun hanya tinggal berdua.

Satu hari Nurul Iman disahkan menghidap kanser usus. Demi untuk menjaga Nurul Iman, Hakim sanggup mengambil cuti untuk menjaga isterinya dan memastikan isterinya mendapat rawatan.

Doktor Aqilah, doktor yang merawat Nurul Iman mula tertarik pada sikap ambil berat dan kasih sayang Hakim terhadap Nurul Iman.  Dalam diam doktor Aqilah mula menyimpan perasaan. Hubungan antara Hakim dan Aqilah menjadi semakin rapat dan akhirnya mereka berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan Nurul Iman.

Namun Hakim tetap mengutamakan Nurul Iman. Tidak pernah sekalipun dia mengabaikan Nurul Iman. Satu hari Nurul Iman mendapat tahu tentang perkahwinan rahsia itu. Dia nekad untuk tidak meneruskan rawatan untuk penyakit kansernya.

Doktor Aqilah mula menyalahkan dirinya bila penyakit Nurul Iman menjadi lebih teruk.

Apa akan berlaku kepada kesudahan Drama Diari Cinta Kita? Dapatkah Nurul Iman menerima hakikat bahawa dirinya telah dimadukan? Apakah Hakim dalam berlaku adil dalam menjalankan tanggungjawab membahagiakan dua orang isteri?

Jangan lupa saksikan Drama Diari Cinta Cinta bermula dengan episod 1 pada pukul 8:30 malam esok hanya di slot Azalea TV9.

 

(Visited 4,539 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. macam best sebab tak cliche sangat macam kahwin paksa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *