Wednesday , 26 April 2017
Home » Hiburan » Live Streaming Anugerah Melodi TV3 10 Disember 2016

Live Streaming Anugerah Melodi TV3 10 Disember 2016

Live Streaming Anugerah Melodi TV3 10 Disember 2016. Peminat industri hiburan tempatan pasti menantikan Siaran Langsung Anugerah Melodi 2016 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9:00 malam nanti dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC.

Tujuan penganjuran Anugerah Melodi 2016 adalah untuk memberi penghargaan kepada para ikon industri hiburan di Malaysia. Ini adalah kali pertama Anugerah Melodi diperkenalkan oleh TV3 untuk mengiktiraf pencapaian para selebriti tanahair.

Live Streaming Anugerah Melodi TV3 10 Disember 2016

Ada 10 kategori yang dipertandingkan di Anugerah Melodi 2016 yang bukan sahaja mengiktiraf hasil kerja penyanyi, pelakon dan pengacara tetapi turut memberi pengiktirafan kepada para atlet sukan. Kategori anugerah yang dijangka bakal menjadi tumpuan pada malam ini adalah Anugerah Personaliti Sensasi Melodi 2016 dimana penilaian adalah berdasarkan perwatakan yang menarik, mempunyai aura dan karisma yang mampu menjadi daya tarikan dan juga dapat memberikan inspirasi. Antara 5 selebriti yang tersenarai untuk kategori ini adalah Zizan Razak, Mira Filzah, Ayda Jebat, Janna Nick dan Sharnaaz Ahmad

Live Streaming Anugerah Melodi TV3 10 Disember 2016

Siaran Langsung Anugerah Melodi 2016 akan dimulakan dengan acara karpet merah Anugerah Melodi 10 Disember 2016 akan dihoskan oleh dua orang pengacara PopTV iaitu Nana Mahazan dan Hefny Sahad di TV9 manakala acara kemuncak Anugerah Melodi akan bersiaran tepat pukul 9:00 malam di TV3.

Untuk anda yang ingin tonton online secara live streaming, anda boleh layari laman web tonton.com.my atau sekiranya ada pautan live streaming yang lain, akan kami kongsikan pautannya sebelum bermula Siaran Langsung Anugerah Melodi 2016 nanti.

Pemenang berdasarkan pilihan Top 5 untuk setiap kategori akan ditentukan berdasarkan jumlah undian oleh para peminat industri hiburan tempatan. Untuk makluman anda, undian Anugerah Melodi 2016 telah dibuka pada 31 Oktober sehingga 30 November lepas.

Senarai Pemenang Anugerah Melodi 10 Disember 2016

Dibawah ini kami kongsikan keputusan penuh pemenang Anugerah Melodi 2016 berdasarkan kategori-kategori yang dipertandingkan.

1) Personaliti Sensasi Melodi 2016 – Ayda Jebat

2) Personaliti Filem Melodi – Zizan Razak

3) Personaliti Muzik Melodi – Ayda Jebat

4) Personaliti Drama Melodi – Fattah Amin

5) Personaliti Pengacaraan Melodi – Neelofa

6) Personaliti Sukan Melodi – Datuk Lee Chong Wei

7) Personaliti Komedia Melodi – Jep

8) Personaliti Pasangan Sensasi Melodi – Akim dan Stacy

9) Personaliti Media Sosial Melodi – Ayda Jebat

10) Personaliti Fesyen Melodi – Nazim Othman

Adakah personaliti favourite anda turut tersenarai sebagai salah seorang pemenang? Jangan lupa ikuti Live Streaming Anugerah Melodi 10 Disember 2016 secara langsung malam ini.

 

(Visited 1,820 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Tak sangka ayda jebat boleh menang banyak trofi.. nampak sangat undi sendiri..

  2. best2, lagi2 yang penutupan tu, penyanyi2 otai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *