Home » Informasi » Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan. Sekarang ni sudah semakin ramai yang mengamalkan pengambilan Chia Seed selepas mengetahui tentang khasiat dan kebaikannya.

Apa itu Chia Seed?

Salvia Hispanica atau Chia Seed adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari selatan Mexico dan Guatemala. Tumbuhan berbunga ini dikategorikan dalam ‘keluarga’ pudina. Chia seed biasanya dicampurkan dalam minuman atau makanan untuk menjadikan hidangan tersebut berkhasiat. Rupa Chia seed ini seakan-akan biji selasih membuatkan ada segelintir yang terkeliru antara kedua-dua bijian ini.

Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Apa Bezanya Chia Seed dan Biji Selasih?

1) Chia Seed tidak perlu direndam terlebih dahulu sebelum digunakan. Anda boleh terus taburkan Chia Seed dalam minuman atau makanan.

2) Biarpun kedua-duanya mempunyai selaput putih seakan-akan gel bila terkena air untuk sesuatu tempoh masa, Chia seed mempunyai beberapa warna yang berbeza berbanding biji selasih yang hanya berwarna hitam. Chia seed pula ada warna kelabu, hitam, putih dan coklat.

Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Memandangkan semakin ramai di luar sana yang sudah mula mengetahui akan khasiat Chia Seed ini, maka makin ramai la yang mula mengamalkannya dalam diet seharian. Di bawah ini saya kongsikan beberapa khasiat Chia Seed dan punca ia digelar sebagai Superfood.

1) Kaya Dengan Serat – Chia Seed mempunyai kandungan serat yang tinggi yang baik untuk sistem penghadaman. Jadi untuk anda yang sering mempunyai masalah penghadaman atau kerap sembelit, memang eloklah amalkan pengambilan Chia Seed setiap hari.

2) Kaya Dengan Protein – Chia Seed memang sesuai diambil untuk menggantikan kekurangan protein dalam badan. Terutamanya untuk individu yang kurang mengambil protein dalam diet seharian. Contohnya macam individu yang hanya makan sayur-sayuran atau yang sedang berdiet, memang disyorkan untuk mengambil Chia Seed.

3) Membantu Mengawal Selera Makan – Bila menyebut tentang diet, Chia Seed pasti digemari oleh individu yang dalam proses menurunkan berat badan. Ini kerana Chia Seed mengandungi sejenis asid amino yang membantu mengawal selera makan. Pengambilan Chia Seedakan membuatkan anda rasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

4) Melawan Penyakit Kencing Manis – Bagi pesakit diabetes atau kencing manis pula, Chia Seed boleh dijadikan satu rawatan tambahan untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Khasiat Chia Seed

5) Meningkatkan Kekuatan Gusi Dan Tulang – Chia seed juga kaya dengan kalsium. Pastinya anda sudah sedia maklum bahawa kalsiun memang diperlukan untuk memastikan tahap kesihatan gigi dan tulang. Pengambilan kalsium yang mencukupi dapat membantu mengelak dari penyakit osteoporosis atau rapuh tulang.

6) Kaya Dengan Fosforus – Selain dari protein dan kalsium, Chia Seed juga kaya dengan fosforus iaitu sejenis mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dan tisu dalam tubuh badan kita.

7) Kaya Dengan Omega 3 – Kajian juga menunjukkan pengambilan Chia Seed dapat meningkatkan kesihatan otak kerana ia kaya dengan khasiat omega 3, iaitu sejenis lemak yang baik untuk kesihatan otak.

8) Baik Untuk Kesihatan Jantung – Chia Seed juga berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah dan meningkatkan kolestrol sihat dalam tubuh. Kolestrol sihat diperlukan untuk melawan kolestrol jahat. Pengambilan Chia Seed berkhasiat untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan stroke.

Begitu banyak khasiat dan Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan, maka tidak hairan la mengapa Chia Seed ini mula diamalkan dalam diet seharian untuk meningkatkan tahap kesihatan.

 

(Visited 2,311 times, 61 visits today)

2 comments

  1. Produk semula jadi sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi seperti Chia Seed.

  2. memang baik untuk kesehatan biji bijian alami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *