Monday , 27 March 2017
Home » sukan » Live Streaming Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Live Streaming Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Live Streaming Malaysia vs Kemboja 20 November 2016. Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 akan disiarkan pada pukul 4:15 petang nanti.

Skuad Harimau Malaysia akan memulakan perlawanan pertama dalam aksi Piala AFF Suzuki 2016 petang ini menentang pasukan Kemboja (Cambodia) dalam saingan kumpulan B. Sepak mula dijadualkan pada pukul 4:30 petang nanti waktu Malaysia. Perlawanan Malaysia vs Kemboja akan berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon.

Live Streaming Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Selain pasukan Malaysia dan Kemboja, turut berada dalam kumpulan B adalah pasukan Vietnam dan Myanmar. Skuad Harimau Malaysia perlu menang dalam perlawanan pembuka tirai petang ini, untuk memastikan perjalanan ke peringkat seterusnya lebih mudah. Ini memandangkan perlawanan kedua berdepan Vietnam pada hari rabu nanti dan perlawanan ketiga menentang pasukan tuan rumah Myanmar pada 26 November depan dijangkakan satu tugas yang sukar.

Walaubagaimanapun, perlawanan menentang pasukan Kemboja petang nanti tidak boleh dianggap mudah kerana pasukan Kemboja menurunkan pemain-pemain muda yang pasti akan memberikan saingan yang sengit untuk menyekat kemaraan skuad Harimau Malaysia. Malah pada aksi kelayakkan Piala AFF, pasukan Kemboja telah berjaya mencatatkan keputusan tanpa kalah dalam setiap perlawanan.

Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja AFF Suzuki 2016

Skuad Harimau Malaysia perlu menyekat kemaraan pihak lawan dan memastikan kejayaan menjadi milik mereka pada setiap perlawanan jika ingin terus mara ke peringkat separuh akhir nanti.

Live Streaming Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Siaran Langsung Malaysia vs Kemboja akan disiarkan oleh RTM melalui saluran TV2 dengan aksi pra perlawanan seawal jam 4:15 petang. Untuk anda yang ingin tonton online, anda boleh layari pautan live streaming di bawah ini.

LIVE MALAYSIA VS KEMBOJA PIALA AFF SUZUKI

Untuk anda yang ingin tonton live di FB boleh klik Tonton Online Malaysia vs Kemboja

Keputusan Malaysia vs Kemboja 20 November 2016

Keputusan Terkini Malaysia vs Kemboja 20.11.2016 untuk aksi Piala AFF Suzuki akan kami kemaskini secara live score bermula dengan aksi sepak mula. Manakala Keputusan Penuh Malaysia vs Kemboja 20 November 2016 akan dikongsikan sebaik tamat waktu perlawanan.

Malaysia  vs  Kemboja
3                2
(Full Time)

(Visited 773 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Terbaik malaysia menang akhirnya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *