Monday , 1 May 2017
Home » Resipi » Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap. Seperti sudah lama tidak berkongsi artikel resepi di laman ini. Jadi kali ini kita beralih arah dari drama bersiri dan acara suka, jom masuk dapur dan cuba resepi pancake yang mudah dibuat dan rasanya dijamin sedap.

Selain dimakan begitu sahaja, pancake akan bertambah sedap jika dimakan bersama madu, kaya dan juga sos coklat. Hah letak nutella atau tambah aiskrim pun sedap. Kalau nak lagi istimewa, hidangkan la pancake dengan buah-buahan segar atau buah-buahan kering. Pasti digemari seisi keluarga.

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap

Itulah istimewanya pancake. Makan hari-hari pun tak akan jemu kalau kita pandai variasikan cara hidangannya. Tapi sebelum itu kenalah tahu bahan-bahan asas dan langkah mudah untuk membuat pancake kan.

Resepi Pancake Yang Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan
Sebiji telur
1 sudu besar mentega cair ataupun minyak
1 cawan susu cair (suamkan)
1 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar yogurt
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)

Cara Membuat Pancake 
1) Pukul telur sehingga berbuih dan kemudian tambahkan mentega cair, susu cair, gula, garam, serbuk penaik, yogurt dan tepung gandum.
2) Kacau adunan secara perlahan sehingga sebati.
3) Perap adunan dalam bekas tertutup selama 10 hingga 15 minit
4) Tuang adunan ke dalam non stick pan mengikut saiz yang diingini. Dan tutup seketika.
5) Bila permukaan atas pancake ada gelembung-gelembung kecil barulah boleh diterbalikkan pancake tersebut.
6) Selepas dah kuning keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba.

(Visited 4,737 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

7 comments

  1. sedapnya di makan selagi santai

  2. Baru baca dah terbuka selera… Makan ngan nescafee atau teh tarik baru lah power pancake ni…

  3. mudah dan sedap dmakan minum petang…

  4. feveret yg xkan penah jemu..
    thanks for recipe yg senang dan menjadi ni… =)

  5. Boleh try nie.. nyum2

  6. pehh, sedap2. boleh try buat sendiri ni

  7. OK gak ni. Thanks for sharing! Lebih kurang macam resepi pancake saya.. Tapi saya bancuh yang telur + susu + butter secara asing dalam satu bekas.. dah siap bancuh yang jenis cecair ni baru bancuh ke dalam tepung + gula + garam + serbuk penaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *