Thursday , 19 October 2017
Home » Petua & Tips » Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar

Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar

Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar. Toaster atau bekas pembuat roti bakar tentu akan kotor jika kerapkali digunakan. Memandangkan ia mempunyai banyak ruang sempit di dalamnya, pasti menyukarkan proses membersihkannya.

Ada yang membiarkan sahaja toaster atau bekas pembuat roti bakar itu begitu sahaja tanpa membersihkannya dengan alasan susah atau tak tahu cara untuk membersihkannya. Bekas pembuat roti bakar yang kotor dengan sisa-sisa roti itu pasti menjadi tumpuan serangga seperti lipas dan lalat ataupun cicak yang boleh menyebabkan keracunan makanan bila digunakan sekali lagi.

Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar

Untuk mengelak hal ini berlaku, anda perlu pastikan toaster atau bekas pembuat roti bakar anda itu sentiasa bersih. Kalau kotor, cepat-cepat pergi bersihkannya sekarang. Di bawah ini ada cara yang mudah yang boleh anda cuba.

Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar

1) Paling utama sekali pastikan anda tanggal plug toaster atau bekas pembuat roti bakar itu dari suisnya terlebih dahulu. Tak pasal-pasal pula nanti kena kejutan elektrik. Nak buat kerja, perlu utamakan keselamatan dahulu kan.

2) Hamparkan sekeping kain atau kertas dan letakkan toaster atau bekas pembuat roti bakar di atasnya. Tujuan meletakkan kain atau kertas adalah untuk memudahkan anda membuang sisa-sisa roti bakar.

3) Ambil berus gigi (pastikan berus gigi yang baru ya). Sental bahagian dalam dengan berus gigi tersebut. Kalau boleh elakkan menggunakan air kerana tidak mahu bahagian dalam toaster atau bekas pembuat roti bakar itu berkarat atau rosak pula nanti. Kalau perlu juga guna air untuk tanggalkan kesan degil, lembabkan sahaja berus gigi tersebut.

4) Tanggalkan atau tarik keluar dulang di bahagian bawah toaster atau bekas pembuat roti bakar itu. Buang semua sisa-sisa roti dan bersihkan dulang tersebut dengan air dan pencuci pinggan mangkuk. Bilas dan lap dengan kain yang kering dan bersih. Jika tiada dulang di bahagian bawah, maka anda perlulah terbalikkan bekas pembuat roti bakar itu untuk mengeluarkan segala sisa-sisa roti dari dalamnya.

5) Dengan menggunakan kain yang lembab, lapkan di sekitar bahagian luar toaster atau bekas pembuat roti bakar itu. Jika terdapat banyak kesan degil yang sukar ditanggalkan, anda bolehlah campurkan sedikit baking soda dan cuka dan kemudian letakkan pada kain pengelap dan gosok untuk menanggalkan kotoran degil tersebut.

6) Akhir sekali ambil sehelai kain yang kering dan bersih dan lap seluruh bahagian luar toaster atau bekas pembuat roti bakar itu.

Begitulah Cara Membersihkan Bekas Pembuat Roti Bakar agar ia selamat dan bersih untuk anda gunakan berkali kali. Selamat mencuba.

(Visited 244 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *