Wednesday , 18 October 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Hajah Heathrow Kembali

Sinopsis Hajah Heathrow Kembali

Sinopsis Hajah Heathrow Kembali. Drama Hajah Heathrow Kembali lakonan Ogy Ahmad Daud akan mula menemui penonton pada setiap Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam di TV3.

Menggantikan drama Budak Magik, Hajah Heathrow Kembali ini merupakan kesinambungan kepada telefilem Hajah Heathrow yang pernah disiarkan tidak lama dulu.

Sinopsis Hajah Heathrow Kembali

Drama Hajah Heathrow Kembali yang akan bersiaran selama 13 episod telah diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Wira Nusa Sdn Bhd. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini adalah Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi, Octovia Manrose dan Erwin Dawson.

Sinopsis Hajah Heathrow Kembali

Drama Hajah Heathrow Kembali mengisahkan tentang Juriah lakonan Ogy Ahmad Daud yang baru sahaja pulang dari menunaikan Haji dan juga dari Heathrow. Dia merancang untuk mengembangkan perniagaan warungnya dan menghidangkan spaghetti sebagai salah satu menu utama di warung tersebut. Perancangannya itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarganya membuatkan masing-masing terkejut.

Untuk anda yang menggemari genre drama yang mencuit hati ini, jangan lupa tonton Hajah Heathrow Kembali mulai 30 Ogos 2016 pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10:00 malam hanya di TV3.

(Visited 1,419 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. waa. OGY jadi heroin..terbaik.mesti best drama ni kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *