Home » Resipi » Resepi Biskut Cornflakes Ranggup

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup. Jika anda sedang mencari resepi Biskut Cornflakes Ranggup yang sedap, lemak dan mudah dibuat, di bawah ini ada resepi biskut raya yang istimewa untuk anda.

Resepi Biskut Cornflake Ranggup ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati boleh dikatakan bahan-bahan asas untuk membuat biskut. Untuk anda yang baru nak belajar buat biskut raya, kami syorkan anda cuba resepi yang mudah ini. Anda pasti puas hati dengan hasilnya.

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup

 

Resepi Biskut Cornflakes Ranggup

375g Tepung Gandum
250g Mentega
185g Gula Kastor
2 cawan Cornflakes
2 biji Kuning Telur

Cara Membuat Biskut Cornflakes Ranggup

1) Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2) Selepas itu tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan sederhana.
3) Tambahkan kuning telur.
4) Akhir sekali masukkan cornflakes yang telah di hancurkan sedikit dan uli sehingga sebati.
5) Sapu mentega pada dulang pembakar. Ambil sudu kecil dan sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175 darjah celsius untuk kira-kira 15 ke 20 minit.

Tips Dekorasi Biskut: Sebelum membakar dalam ketuhar, anda boleh hiaskan Biskut Cornflakes dengan menabur coklat urai di atasnya ataupun anda boleh taburkan pelbagai jenis kekacang seperti badam, gajus dan sebagainya. Anda juga boleh meletakkan ceri merah atau ceri hijau yang telah dipotong kecil.

Mudahkan Resepi Biskut Cornflakes Ranggup ini, jangan lupa mencuba nanti.

(Visited 3,663 times, 1 visits today)

One comment

  1. macam best je, mesti cuba resipi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *