Friday , 15 December 2017
Home » Hiburan » Drama Mak Cun 2

Drama Mak Cun 2

Drama Mak Cun 2. Bermula pada 29 April lepas, Drama Mak Cun musim ke 2 telah mula bersiaran di slot Zehra TV3. Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi, Drama Mak Cun 2 turut menampilkan beberapa orang pelakon baru selain mengekalkan pelakon-pelakon dari musim pertama.

Drama Mak Cun 2

Antara barisan pelakon yang akan menjayakan Drama Mak Cun 2 adalah Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Samundur Khan, Azwan Kombos, Umie Aida, Nora Danish, Betty Rahmad, Dafi, Azrel Ismail, Norish Karman, Kuna Muzaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Erra Fazira dan Izzue Islam

Sinopsis Drama Mak Cun 2

Drama Mak Cun 2 mengisahkan tentang kemajuan bisnes Mak Cun sejak dia pulang dari Bangkok. Untuk memastikan Mak Cun menerima cintanya dan bersetuju untuk menikah dengannya, Pak Akob perlu merancang strategi untuk memasarkan bedak sejuk Mak Cun ke luar negara.

Berjayakah Pak Akob dengan misi tersebut? Akan bersatukah Pak Akob dan Mak Cun akhirnya?

Untuk mengetahui kesudahan drama yang mencuit hati ini, jangan lupa saksikan setiap episod Drama Mak Cun 2 pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam hanya di slot Zehra TV3.

(Visited 1,367 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. Karya Bade Hj Azmi sentiasa fresh, gandingan pelakon lama dan baharu dapat mempromosikan drama ini secara tak langsung. Mereka punya peminat tersendiri.