Wednesday , 24 May 2017
Home » Resipi » Resepi Biskut Tart Nenas Bunga

Resepi Biskut Tart Nenas Bunga

Resepi Biskut Tart Nenas Bunga. Tart Nenas antara biskut yang menjadi kegemaran ramai ketika musim perayaan. Biskut Tart Nenas Bunga menjadi antara resepi yang paling dicari ketika menjelang hari raya.

Selain Tart Nenas bentuk bunga, ramai juga yang menggemari Tart Nenas Gulung. Namun sejak kebelakangan ini ramai yang telah menjadi semakin kreatif sehingga terhasilnya pelbagai jenis kuih tart yang begitu cantik dan menarik bentuknya. Rasanya pula mestilah sedap kan. Anda pula suka yang mana?

Resepi Biskut Tart Nenas Bunga

Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda satu Resepi Tart Nenas Bunga yang mudah untuk diikuti dan hasilnya nanti memang sedap. Jika anda ikuti resepinya dengan betul, anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya.

Resepi Biskut Tart Nenas Bunga

Bahan-Bahan untuk adunan doh/pastri Tart Nenas Bunga
200g marjerin / mentega yang telah dilembutkan
400g tepung gandum
Sebiji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla
Sedikit pewarna kuning (sekadar untuk mencantikan warna, kalau tak letak pun tak apa)

Cara Membuat Biskut Tart Nenas Bunga
1) Masukkan kesemua bahan-bahan dalam satu bekas. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada jari. Jika selepas diuli, doh dirasakan agak lembut dan sukar dibentuk, perlulah disimpan seketika dalam peti sejuk. Sebaliknya jika doh agak kering, bolehlah ditambah sedikit lagi marjerin.
2) Terapkan doh menjadi bentuk bunga.
3) Kemudian bulatkan sedikit jem nenas yang telah siap dibuat dan letakkan di tengah seperti gambar di atas. Kalau nak belajar buat jem nenas yang sedap, boleh dapatkan di artikel Jem Nenas Sedap Untuk Kuih Tart.
4) Susunkan biskut tart nenas bunga di atas dulang pembakar yang telah digliskan dengan sedikit mentega.
5) Akhir sekali bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celsius untuk kira-kira 15 ke 20 minit atau sehingga berwarna keperangan.

Selepas dah siap membakar bolehlah disejukkan seketika sebelum dihidangkan kepada tetamu ataupun diletakkan dalam bekas kedap udara supaya dapat disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Selamat mencuba Resepi Biskut Tart Nenas Bunga.

 

(Visited 14,893 times, 5 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. sedapnya di pandang mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *