Saturday , 16 December 2017
Home » Resipi » Resepi Biskut Bangkit Susu

Resepi Biskut Bangkit Susu

Resepi Biskut Bangkit Susu. Ada tak yang sedang mencari koleksi resepi biskut raya 2016? Bukan sahaja biskut moden yang menjadi pilihan, masih ramai yang suka mencuba resepi biskut tradisional antaranya seperti biskut bangkit susu atau kuih bangkit.

Biskut Bangkit Susu berwarna putih dan sering digemari kerana rasanya yang cair dalam mulut bila dimakan. Untuk anda yang merancang membuat biskut bangkit untuk raya nanti, apa kata anda cuba resepi di bawah ini. Pasti puas hati.

Resepi Biskut Bangkit Susu

Resepi Biskut Bangkit Susu

Bahan-Bahan
400g tepung ubi kayu
4 helai daun pandan
2 biji kuning telur
175g gula kastor
150ml santan pekat
1 sudu besar mentega

Cara membuat Biskut Bangkit Susu

1)Goreng kering tepung ubi kayu bersama daun pandan sehingga ringan. Ayak tepung untuk asingkan daun pandan dan ketepikan untuk disejukkan.
2) Pukul kuning telur, gula kastor dan santan sehingga gula cair.
3) Tambahkan tepung ubi yang telah digoreng kering tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati.
4) Tambahkan mentega dan teruskan menguli sehingga adunan lembut dan mudah dikepal.
5) Canai doh dan terap menggunakan bentuk acuan pilihan. Kemudian susun ke atas dulang pembakar yang telah ditabur dengan sedikit tepung ubi kayu.
6) Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celsius untuk kira-kira 15 minit atau sehingga biskut bangkit kering.

Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan atau disimpan dalam bekas kedap udara.

Mudahkan nak buat Resepi Biskut Bangkit Susu ini. Jangan lupa mencuba. Ada banyak lagi Koleksi Resepi Biskut Raya 2016 yang boleh anda cuba.

Antaranya:

Resepi Biskut Chocolate Chip Raya
Resepi Biskut Candy Crush
Resepi Biskut Tart Nenas
Resepi Biskut London Almond
Resepi Biskut Mentega Kacang

(Visited 3,660 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Biskut bangkit susu boleh buat juadah untuk hari raya aidilfitri nanti.

  2. sedap rupanya dan tidak keras