Monday , 26 June 2017
Home » Hiburan » Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3

Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3

Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3. Drama Mr Boss Miss Stalker akan mula bersiaran petang ini di slot Dahlia TV3. Dalam artikel ini dikongsikan sinopsis drama untuk anda yang ingin tahu jalan ceritanya.

Drama Mr Boss Miss Stalker akan bersiaran selama 20 episod dan buat pertama kalinya menggandingkan pelakon Ashraf Muslim dengan Mia Ahmad. Berdasarkan adaptasi novel karya Aesya Azahar, Drama Mr Boss Miss Stalker telah diarahkan oleh Heykal Hanafiah di bawah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd.

Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3

Turut menjayakan Drama Mr Boss Miss Stalker yang akan bersiaran pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula pada pukul 6:58 petang adalah Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3.

Drama Mr Boss Miss Stalker mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sara Azreen yang telah ditugaskan oleh bapa saudaranya Hamzah untuk menjadi pengintip pada seorang jejaka bernama Hariz Zhafran yang merupakan seorang CEO di Mentari Angkasa Sdn Bhd. Hariz Zhafran menjadi suspek dalam pembunuhan Tan Sri Jalil.

Pada awalnya Sara Azreen agak keberatan untuk melaksanakan misi tersebut namun kerana rasa terhutang budi pada Hamzah yang telah membiayai kos pembelajarannya sewaktu di Australia dulu, akhirnya Sara Azreen bersetuju. Demi untuk melaksanakan misi tersebut, dia telah memohon jawatan sebagai jurutera di Mentari Angkasa.

Setelah mendapat jawatan jurutera yang dipohonnya itu, Sara Azreen memulakan misi pengintipan. Perwatakan Hariz Zhafran yang tidak bertimbang rasa dan garang membuatkan Sara berasa lebih yakin bahawa bosnya itu adalah seorang yang kejam dan tidak mustahil terlibat dalam kes pembunuhan Tan Sri Jalil. Malah Sara juga yakin bahawa Hariz Zhafran turut terlibat dalam kes penculikan Liza yang merupakan anak perempuan kepada Tan Sri Jalil.

Misi penyelidikan Sara agak terganggu dengan kehadiran Izzudin yang sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya. Izzudin adalah pengurus di Mentari Angkasa. Manakala Ria Alisya pula yang merupakan seorang pelakon popular dan teman wanita kepada Hariz berasa agak tergugat dengan Sara.

Semakin lama menyelidik, Sara mula rasa serasi bersama Hariz selepas mengenali keperibadian sebenar lelaki itu. Tapi tugasan baru yang diberikan oleh Hamzah kepada Sara membuatkan dia mula berbelah hati. Dia terpaksa berpura-pura menerima cinta Hariz Zhafran sedangkan dalam masa yang sama lelaki itu melamarnya. Mampukah Sara meneruskan misi penyelidikannya ataupun dia akan berterus terang kepada Hariz Zhafran?

Untuk mengetahui kesudahan kisah menarik ini, anda kenalah ikuti Drama Mr Boss Miss Stalker Di TV3 bermula dari siaran episod pertama petang ini, 22 April 2016 hanya di slot Dahlia.

(Visited 1,504 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *