Saturday , 21 October 2017
Home » Informasi » Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya

Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya

Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya. Seperti juga manusia, kucing juga boleh terkena jangkitan pada bahagian mata. Sebagai penjaga, wajib untuk kita tahu tanda-tanda awal kucing sakit mata, punca kucing terkena jangkitan mata dan cara untuk merawat mata kucing yang terkena infeksi.

Jangkitan pada bahagian mata boleh berjangkit. Jadi ia perlu dirawat dengan cepat agar tidak berjangkit pada kucing-kucing yang lain.

Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya

Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya

Antara tanda-tanda awal yang menunjukkan kucing anda sudah terkena jangkitan pada bahagian matanya adalah:

  1. Mata berair.
  2. Bebola mata kelihatan agak kemerah-merahan.
  3. Kerap menggosok mata.
  4. Mata bengkak.
  5. Bersin dan selsema.
  6. Pembentukkan tahi mata yang berlebihan di sekitar bahagian mata.

Jangan memandang remeh pada tanda-tanda awal ini. Jangkitan mata pada kucing, jika tidak dirawat awal boleh menjejaskan kesihatan anak bulus anda.

Sekiranya kucing anda sakit mata, kami nasihatkan agar jangan menggunakan ubat mata jenis titis kerana ia akan mengakibatkan kelopak mata kucing menjadi kembang dan pucat. Jangan sesekali gunakan ubat titis mata untuk manusia contohnya seperti EyeMo kerana ia tidak sesuai untuk si bulus anda dan boleh menyebabkan gangguan bukan sahaja pada bahagian matanya tetapi juga menjejaskan tahap kesihatannya.

Seeloknya jika kucing anda sakit mata, bawalah dia berjumpa doktor haiwan untuk rawatan. Doktor haiwan boleh syorkan ubatan mata yang sesuai untuk kucing anda.

Pastikan sebelum menyapu ubat ‘jenis krim’ yang dibekalkan oleh doktor, bersihkan terlebih dahulu mata kucing anda. Dengan menggunakan tisu yang basah, buang segala kekotoran di seluruh bahagian mata. Lapkan secara perlahan agar ia tidak menyakiti kucing anda dan tidak mendatangkan kecederaan yang lebih serius kepada mata kucing anda.

Semoga artikel Tanda Kucing Sakit Mata Dan Cara Merawatnya ini dapat memberikan anda sedikit informasi dan panduan untuk merawat kucing anda sekiranya ia terkena jangkitan pada bahagian mata.

Nota: Pastikan anda menjaga kebersihan kucing anda. Kerap bersihkan matanya menggunakan tisu yang bersih. Kawasan sekitar tempat ia bermain dan berehat juga perlu dipastikan sentiasa bersih dan bebas kuman.

(Visited 24,245 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *