Sunday , 17 December 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Filem Mat Moto

Sinopsis Filem Mat Moto

Sinopsis Filem Mat Moto. Sejak dua hari lepas, Filem Mat Moto telah mula ditayangkan di pawagam. Dengar ceritanya Filem Mat Moto ini telah berjaya mencapai kutipan RM 1 Juta pada hari pertama tayangannya.

Mat Moto adalah filem pertama arahan Pekin Ibrahim dan ia merupakan sebuah kisah benar kehidpun Mat Motor bernama Al. Mengandingkan ramai bintang popular dan hebat antaranya Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Zul Huzaimy dan Shamsul Yusof.

Sinopsis Filem Mat Moto

Filem bergenre aksi ini telah menjalani pengambaran di tujuh buah negeri dan kos pembikinan mencecah RM 1.5 juta. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan Filem Mat Moto adalah Pekin Ibrahim, Falisha Crossley, Cat Farish dan Kamarol Yusoff

Syafiq Yusof turut mengarahkan filem ini bersama Pekin Ibrahim dan diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd, Viper Studios Sdn Bhd dan Fimtab Sdn Bhd.

Sinopsis Filem Mat Moto

Filem Mat Moto mengishkan tentang Al lakonan Pekin Ibrahim yang merupakan seorang pemilik syarikat suntingan filem. Demi untuk menunaikan hajat salah seorang sahabatnya yang terlibat dalam kemalangan jalanraya, Al telah mengembara ke empat buah negeri.

Tujuannya adalah semata-mata untuk mencari empat jenis topi keledar yang dikatakan berharga dan menjadi kegilaan penggemar motosikal di seluruh negara. Empat topi keledar istimewa itu menjadi kepunyaan Acai, Shahrul, Pit dan Mus.

Di sepanjang pengembaraannya itu, Al telah ditemani oleh seorang pelajar praktikal di pejabatnya yang bernama Sikha lakonan Felisha Crossley. Biarpun wujud bibit cinta anda mereka berdua, hubungan tersebut mendapat halangan oleh satu kejadian yang menjadi rahsia Sikha.

Membawakan tagline, Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Filem Mat Moto ini pasti cuba menampilkan satu kelainan dan mengubah tafsiran masyarakat yang sering kaitkan motor dengan mat rempit.

Dah baca Sinopsis Filem Mat Moto, kenalah tahu kesudahan filem ini kan. Jadi jangan lupa saksikan Filem Mat Moto di pawagam yang berdekatan.

(Visited 3,464 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. mat moto dgn mat rempit lain.jangan angap mat moto sbagai smpah masyarakat sbb mat moto xpnh amik hal org lain korg yg sebuk nk kemon mcm2 psl mat moto.mat moto pn ade perasaan cbe korg fikir klau korg yg jd mat moto.mat moto pn ade cre hdupn dye sndiri..mybe dye mmg mnat psl moto.korg kne cube hdup cre diaorg bru tau cm ne feel diaorg time atas moto.