Sunday , 17 December 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah. Malam ini menerusi slot Samarinda TV3 akan disiarkan Drama Cinta Hati Abah yang akan dibintangi oleh Esma Daniel, Zara Zya dan Nonny Nadirah.

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Drama Cinta Hati Abah telah diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Azmi Hatta. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama 15 episod ini adalah Afiq Muiz, Idris Khan, Sweet Farhana, Ben Amir, Nor Albaniah, Laila Nasir, Razak Ahmad, Norzara Sophia dan Mimi Ernida.

Sinopsis Drama Cinta Hati Abah

Drama Cinta Hati Abah mengisahkan tentang Pak Salleh lakonan Esma Daniel. Pak Salleh adalah seorang nelayan yang telah kematian isteri. Dia mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Baizura, Intan dan Zaharah.

Ketiga-tiga anak perempuan Pak Salleh ini memang bijak tetapi mempunyai personaliti yang agak berbeza. Baizura adalah anak sulung Pak Salleh. Walaupun dia menjadi harapan kerana mempunyai masa depan yang cerah, Baizura agak materialistik orangnya. Baizura bercinta dengan Marzuki, anak kepada seorang toke keropok.

Anak kedua Pak Salleh bernama Intan. Sikapnya agak jauh berbeza dengan Baizura. Intan lebih merendah diri dan amat menyayangi ayahnya dan adiknya Zaharah.

Zaharah juga seorang anak yang pintar dan dia berjaya mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Bermacam dugaan yang akan dihadapi oleh Pak Salleh dalam membesarkan anak-anak daranya itu.

Selepas baca Sinopsis Drama Cinta Hati Abah, jangan lupa saksikan episod 1 drama Cinta Hati Abah setiap Isnin hingga Rabu, jam 10:00 malam hanya di slot Samarinda TV3 bermula 20 Januari 2016.

 

(Visited 17,086 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...