Saturday , 16 December 2017
Home » Informasi » Cara Melembutkan Roti Yang Sudah Mula Keras

Cara Melembutkan Roti Yang Sudah Mula Keras

Cara Melembutkan Roti Yang Sudah Mula Keras. Selain nasi, roti boleh dikatakan antara makanan yang dimakan hampir setiap hari. Namun adakalanya biarpun belum sampai tarikh luput, roti yang dibeli telah mula mengeras dan sudah tidak sedap untuk dimakan.

Cara Melembutkan Roti Yang Sudah Mula Keras

Apa yang hendak dibuat dengan roti yang keras itu? Buang?? Eh jangan membazir. Ada petua untuk melembutkannya semula dan ada juga cara untuk menjadikan roti yang dah mengeras itu menjadi hidangan yang lebih enak.

Cara Melembutkan Roti Yang Sudah Mula Keras.

  1. Jika roti yang anda beli itu sudah mula mengeras, anda hanya perlu tambahkan beberapa helai daun seleri segar ke dalam bekas roti tersebut. Daun seleri ini akan membuatkan roti kembali lembut dan rasanya pun lebih enak.

Roti yang keras itu juga boleh anda jadikan puding yang sedap dan sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut. Ataupun masukkan sahaja roti itu dalam pembakar roti, selepas itu taburkan keju ataupun letakkan tuna untuk dijadikan roti sandwich bakar yang sangat enak.

Cara terbaik untuk mengelakkan roti cepat mengeras adalah dengan menyimpan di dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Ia tahan lebih lama dan lebih segar.

Jadi selepas ini, janganlah buang roti yang sudah mula keras, cuba sahaja tips yang kami kongsikan di atas ini.

(Visited 893 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. cara yang baik melakukannya

  2. oo bagus tips ni sis. thanks ya

  3. letak daun seleri je ya, thanks ya tips ni