Tuesday , 21 November 2017
Home » Informasi » Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2016. Untuk anda yang layak menerima BR1M pasti ingin tahu Tarikh Bayaran BR1M 2016. Sebelum itu, pastikan anda sudah pun mengemaskini permohonan yang dibuat pada tahun sebelum ini. Kemas kini permohonan BR1M 2016 secara online ataupun melalui penghantaran borang di kaunter LHDNM perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 5 Disember yang lepas sehingga 31 Disember 2015

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Untuk anda yang layak tetapi masih belum menghantar borang permohonan, anda juga boleh memohon secara atas talian sebelum 1 Januari 2016 ataupun ke cawangan LHDNM yang terdekat.

Terdapat 4 Kategori Bayaran BR1M 2016 iaitu:

  1. Kategori E-Kasih untuk isi rumah yang berpendapatan RM1,000 ke bawah
  2. Kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah
  3. Kategori isi rumah berpendapatan antara RM3,001 sehingga RM4,000
  4. Kategori bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah

Untuk kategori E-Kasih BR1M sebanyak RM1,050 akan diberikan dengan 4 kali bayaran. Kategori isi rumah berpendapatan Rm3,000 kebawah pula akan menerima BR1M sebanyak RM1,000 iaitu peningkatan sebanyak RM50 berbanding tahun lepas. Kategori isi rumah yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 akan menerima BR1M sebanyak RM800 dan akhir sekali untuk kategori bujang berpendapatan RM2,000 kebawah akan menerima RM400 yang akan diagihkan secara sekali bayaran pada penghujung bulan Januari 2016

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Untuk tiga kategori bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia, tidak termasuk kategori bujang, bayaran BR1M 2016 akan diagihkan kepada penerima secara 4 kali bayaran iaitu pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah ini:

28 Januari 2016
28 April 2016
23 Jun 2016
28 September 2016

Untuk butir pembayaran lengkap BR1M 2016, sila rujuk jadual dibawah ini.

Jadual Lengkap Tarikh Bayaran BR1M 2016

Jika anda ada sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my

(Visited 3,541 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

One comment

  1. Ada jugak dengar masuk hujung bulan 1 ni, brim rugi kalau tak isi hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *