Monday , 21 August 2017
Home » Hiburan » Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael. Sebuah drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula awal November nanti.

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, Drama Tuan Anas Mikael akan dibintangi oleh Aaron Aziz dan Zara Zya. Drama terbitan Pena Creative Pictures ini turut dijayakan oleh Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emelia, Sarah Anne dan Fazlina Ahmad Daud.

Sinopsis Drama Tuan Anas Mikael

Hero Dan Heroin Drama Tuan Anas Mikael

Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.

Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.

Pelakon Drama Tuan Anas Mikael

Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.

Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.

Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael pada bulan November nanti hanya di Saluran Astro Ria.
(Visited 69,389 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. cewenya kok pada cantik banget yah ?

  2. Inilah drama yang paling saya tunggu2 setiap hari..ehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *