Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan

Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan

Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan. Meningkatkan selera makan boleh menjadi sesuatu yang agak sukar terutamanya untuk individu yang ingin menambah berat badan. Namun untuk anda yang rasakan diri anda terlalu kurus atau kekurangan berat badan, anda tidak perlu risau.

Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan

Di bawah ini ada beberapa tips untuk menaikkan selera makan anda, agar anda dapat menambah beberapa kilo dalam masa yang singkat. Siapa kata nak naikkan berat badan mudah? Adakalanya menambah berat lebih susah dari menurunkan berat.

Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan

1)Pastikan Anda Bersarapan Setiap Pagi – Sarapan merupakan waktu makan yang paling penting setiap hari. Pastikan anda makan sarapan pagi yang menyihatkan dan seimbang. Lebihkan sedikit pengambilan kalori dalam menu sarapan pagi anda. Variasikan menu sarapan pagi anda, untuk memastikan anda berselera untuk makan makanan tersebut.

2) Makan Dalam Kuantiti Yang Kecil Tetapi Secara Kerap – Untuk memastikan anda dapat menambahkan berat badan, anda perlu makan secara kerap. Tetapi pastikan kuantiti yang anda makan itu tidak berlebihan kerana ini akan membuatkan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lama. Pastikan anda makan pada setiap waktu makanan yang utama iaitu, sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sambil itu selitkan waktu untuk makan snek-snek yang menyihatkan seperti salad, buah-buahan kering dan sebagainya.

3) Jadikan Waktu Makan Sesuatu Yang Menyeronokkan – Makan seorang diri di meja makan, pasti membosankan. Bila anda bosan, anda akan cepat hilang selera untuk makan. Untuk meningkatkan selera makan anda, disyorkan agar anda makan bersama keluarga atau kawan-kawan terutamanya mereka yang suka makan. Pilih tempat makan atau menu makan yang anda gemari. Sesekali ubah citarasa dan cuba sesuatu makanan yang baru dan menyihatkan.

TIPS : 10 Taktik Paling Berkesan Untuk Mengajak Orang Lain Menemani Anda Makan

4) Bersenam – Jangan ingat kalau nak kurus saja kena bersenam. Untuk anda yang ingin menambah berat badan pun perlu bersenam. Senaman akan membuatkan anda cepat berasa lapar. Namun untuk anda yang kurang berat badan, disyorkan agar anda amalkan senaman yang ringan sahaja sehinggalah berat badan anda mencapai tahap ideal.

5) Minum Air Secukupnya – Amalkan minum air sejam sebelum makan dan sejam selepas makan. Ini untuk memastikan proses pencernaan berjalan lancar dan anda akan rasa lapar dengan lebih cepat. Elakkan minum air secara berlebihan sejurus sebelum makan kerana ini akan membuatkan anda rasa cepat kenyang.

Mudah-mudahan apa yang dikongsikan dalam artikel Cara Untuk Meningkatkan Selera Makan ini dapat membantu anda menambah beberapa kilo dengan cepat dan mudah. Tetapi jika anda kerap tidak berselera makan sehingga ianya semakin menjejaskan kesihatan anda, eloknya anda jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

(Visited 5,890 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. Menarik perkongsian ini, yang kurus nak naikan badan, yang yg berisi nak bg turun skit berat,
    Tips ini berguna untuk kita yg nak bg selera naik ^__^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *