Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Punca Sakit Telinga Dan Cara Mengatasinya

Punca Sakit Telinga Dan Cara Mengatasinya

Punca Sakit Telinga Dan Cara Mengatasinya. Sakit telinga, biarpun jarang menyerang namun bila sekali terkena pasti rasa sakit teramat tak selesa. Hanya yang pernah rasa sakit telinga sahaja dapat mengambarkan rasa sakit yang dialami.

Punca Sakit Telinga Dan Cara Mengatasinya

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, kesakitan di bahagian telinga boleh menyerang sesiapa sahaja. Sakit telinga yang menyerang kanak-kanak biasanya disebabkan oleh infeksi ataupun ada sesuatu dalam telinga. Biasalah, kanak-kanak memang gemar memasukkan benda-benda yang tak sepatutnya ke dalam telinga. Manakala sakit telinga yang menyerang golongan dewasa pula sering berpunca dari kaitan saraf selain dari infeksi.

Punca Sakit Telinga

  1. Kekotoran atau cecair yang terkumpul di dalam telinga boleh menyebabkan rasa sakit. Jika tidak dibersihkan ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan.
  2. Jangkitan selalunya menjadi punca utama rasa sakit di dalam saluran telinga.
  3. Bisul ataupun jerawat turut boleh menyebabkan berlakunya jangkitan di dalam lubang telinga.
  4. Tercucuk dengan benda tajam contohnya pengorek telinga atau putik kapas (cotton bud) yang kemungkinan dijolok secara kasar dan terlalu dalam ke saluran telinga
  5. Sakit sendi juga boleh menyebakan rasa sakitnya melarat hingga ke bahagian dalam telinga.
  6. Sakit di bagaian gigi atau gusi boleh juga menyebabkan rasa sakit dibahagian telinga.
  7. Selain itu, berada di tempat tinggi ataupun bila berlakunya perubahan tekanan di sekeliling boleh juga menjadi salah satu fakor sakit telinga.

Cara Mengatasi Sakit Telinga

Minyak Zaitun – Cara yang paling mudah untuk merawat sakit telinga adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Caranya anda hanya perlu panaskan beberapa titis minyak zaitun untuk seketika. Bila ia agak suam, letakkan setitis dua minyak zaitun ke dalam telinga.

Tuam Dengan Air Suam – Jika rasa sakit di bahagian telinga anda menyebabkan berlakunya pembengkakkan, anda boleh tuam dengan air suam yang agak panas untuk mengurangkan bengkak.

Goyangkan Telinga Atau Gerakkan Kepala – Jika anda rasa seperti ada sesuatu di dalam telinga atau mungkin ada air dalam telinga, anda boleh cuba goyang-goyangkan telinga atau gerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk memudahkan air mengalir keluar.

Jika sakit telinga yang dialami berlarutan, elok ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

(Visited 35,252 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. tq share info cik puteri =)

  2. jangan sering membersihkan dengan alat

  3. yang first step guna minyak zaitun tu , kena buat berapa kali dalam seminggu>? atau buat setiap hari?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *