Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Cara Berkesan Elak Rambut Gugur

Cara Berkesan Elak Rambut Gugur

Cara Berkesan Elak Rambut Gugur. Setiap wanita mengidamkan rambut yang sihat dan lebat. Namun berpunca dari cuaca, pemakanan dan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai, adakalanya rambut akan rosak. Tekanan dan tidur yang tidak mencukupi juga boleh menjadi penyebab rambut gugur dengan lebih banyak.

Cara Berkesan Elak Rambut Gugur

Adakah anda juga berdepan dengan masalah rambut gugur? Apa kata anda cuba tips yang kami kongsikan di bawah ini untuk mengatasi masalah rambut gugur. Tips di bawah ini menggunakan bahan semulajadi, jadi ia sesuai untuk hampir semua jenis rambut.

Cara Berkesan Elak Rambut Gugur

Minyak Kelapa – Ambil sedikit minyak kelapa dan urut di seluruh bahagian kulit kepala. Minyak kelapa membantu menguatkan akar rambut selain menyuburkan rambut. Minyak kelapa juga membantu memulihkan rambut rosak akibat kerap terdedah kepada cahaya matahari.

Daun Lidah Buaya – Daun lidah buaya yang juga dikenali sebagai Aloe Vera juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur. Anda hanya perlu sapukan gel atau lendir lidah buaya ke rambut anda dan biarkan seketika. Selepas itu cuci rambut dengan air yang bersih. Sebolehnya elak menggunakan air yang panas bila mencuci rambut, kerana ia akan membuatkan rambut anda kering

Artikel Berkaitan: 6 Punca Utama Keguguran Rambut

Amalkan Pemakanan Yang Sihat – Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan bijirin dan kekacang. Makanan dari sumber ini membantu memulihkan rambut gugur dan rosak.

Minyak Zaitun – Seperti minyak kelapa, minyak zaitun juga memang sesuai digunakan sebagai salah satu bahan perawatan rambut yang gugur. Anda hanya perlu sapukan minyak zaitun ke seluruh kulit kepala untuk memastikan rambut kekal sihat.

Daun Bunga Raya – Daun bunga raya juga berkhasiat untuk rambut anda. Anda perlu ambil beberapa helai daun bunga raya, kisarkan dan lumurkan ke seluruh bahagian kulit kepala anda. Biarkan selama sejam dan selepas itu barulah basuh rambut dengan air bersih.

Jika rambut anda gugur dengan banyak, disyorkan anda ambil vitamin atau supplemen untuk membantu pertumbuhan semula rambut.

Wajib Baca: 11 Dilema Yang Boleh Dikaitkan Dengan Wanita Berambut Panjang

(Visited 8,733 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. terima kasih atas perkongsian tips…sangat berguna

  2. Ramai yg sdh alami keberkesanan minyak kelapa dlm menjaga kesihatan rambut. Cuma baunya yg org x tahan. Mgkn lebih baik kalau dicampur dgn essential oil yg sesuai.

  3. Amalkan pemakanan yang sihat dan perlu amek supplement zinc untuk atasi rambut gugur ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *