Saturday , 25 November 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Punca Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Punca Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Punca Sembelit Dan Cara Mengatasinya. Sembelit atau kesukaran membuang air besar sering membuatkan perut rasa sakit dan tidak selesa. Selain kurang minum air ada beberapa punca atau penyebab lain menyebabkan seseorang mengalami sembelit sehingga terpaksa meneran sepenuh tenaga untuk membuang air besar dan adakalanya berlaku pendarahan.

Punca Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Antara Punca Sembelit adalah:

1) Kurang Minum Air – Secara lazimnya, kita perlu minum kira-kira 8 gelas air suam setiap hari untuk memastikan proses pencernaan berjalan lancar. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar. Ini berpunca dari proses penghadaman yang terganggu akibat kekurangan cecair.

2) Stress Atau Tekanan – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa stress atau tekanan juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Saraf yang berfungsi untuk mengatur sistem penghadaman boleh terganggu prosesnya bila seseorang berada dalam keadaan tertekan atau stress dan ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar.

3) Kurang Cergas Atau Tidak Bersenam – Bila badan tidak aktif bergerak, ia juga boleh mengganggu sistem penghadaman. Amalkan bersenam setiap hari walaupun sekadar berjalan kaki atau senaman ringan untuk memastikan badan sentiasa kekal cergas.

4) Wanita Mengandung – Sistem hormon dan saraf seseorang wanita mengandung akan menjadi tidak stabil, ini akan mengakibatkan wanita tersebut mengalami sembelit yang kadang kala boleh menjadi agak kronik juga.

5) Perubahan Waktu – Melancong juga boleh menjadi punca sembelit. Bila kita melancong atau bercuti ke tempat lain, kemungkinan perjalanan yang jauh dan waktu makan yang berubah akan menyebabkan proses penghadaman turut terganggu.

Cara Mengatasi Masalah Sembelit

1) Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Lebih banyak air, lagi elok untuk sistem penghadaman. Kalau nak tahu sama ada badan kurang air atau tidak, periksa warna air kencing anda. Kalau agak kekuningan, maksudnya badan anda kurang air. Boleh baca artikel Kaitan Warna Air Kencing Dengan Kesihatan, untuk info lanjut.

2) Amalkan makanan yang tinggi kandungan serat seperti bijirin, buah-buahan dan sayur, sayuran. Makanan yang tinggi kandungan serat dapat membantu proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar.

3) Pastikan anda rajin bersenam. Senaman membantu meningkatkan kadar metabolisme dan melancarkan proses pencernaan.

4) Apa yang paling penting adalah jadikan rutin ke tandas itu sebagai amalan harian. Jangan suka melengah bila terasa ingin membuang air. Tabiat buruk ini akan menyebabkan masalah sembelit bertambah kronik.

 

(Visited 2,477 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *