Monday , 18 June 2018
Home » Hiburan » Episod Akhir Syurga Nur

Episod Akhir Syurga Nur

Episod Akhir Syurga Nur. Penonton dan pengikut drama Syurga Nur di slot Akasia TV3 pasti dah tak sabar nak tonton episod akhir drama bersiri 28 episod ini.

Mungkin ramai juga yang sudah mula berteka-teki dan dapat menjangkakan apa yang berlaku pada episod akhir nanti. Biarpun cinta Kamil begitu mendalam buat Nur, tetapi Nur tetap menganggap Kamil sebagai abang dan pasti Haris la yang menjadi pilihannya.

Episod Akhir Syurga Nur

Dari respon peminat dan pengikut drama bersiri ini, ramai yang kata mereka sebak dan mengalir air mata mengikuti jalan cerita Syurga Nur. Ada yang kata bosan, ada yang tak suka tetapi tetap ramai yang memuji, jalan ceritanya memberikan pengajaran dan lain dari lain.

Ada yang kata, apalah Nur ni asyik menangis je kerjanya. Tetapi hakikatnya begitulah hati seorang perempuan kan, bukan sahaja bila sedih dia menangis, bila marah pun akan menangis juga.

Artikel Wajib Baca: Sinopsis Drama Mencintaimu Slot Akasia

Buat anda yang ketinggalan mengikuti drama Syurga Nur ini secara ringkasnya, selepas kematian orang tuanya, Nur dijaga oleh Acik Alin yang suka menderanya. Akibat tak tahan diseksa setiap hari, Nur lari dari rumah dan menjadi anak jalanan, tinggal di bawah jambatan. Dr Sarina yang mengambilnya sebagai anak angkat, begitu menyayangi Nur. Kamil dan Adib yang merupakan anak kepada Dr Sarina juga agak sebaya dengan usia Nur.

Nak dijadikan cerita, bila mereka dah dewasa, Kamil mula jatuh hati pada Nur dalam diam. Kehadiran Haris dalam hidup Nur, membuatkan Kamil nekad untuk melamar Nur. Pada awalnya Nur menolak, kerana menganggap Kamil sebagai abang kandung dan hatinya telah dimiliki Haris. Namun bila Nur mendapat tahu bahawa Acik Alin adalah sahabat baik kepada ibu Haris, Nur memaksa dirinya untuk menerima lamaran Kamil.

Namun sikap Kamil yang agak keterlaluan membuatkan Nur lari meninggalkan keluarga Dr Sarina dan mencari semula datuk dan nenek kandungnya. Dr Sarina pula menyalahkan Kamil dan memaksa Kamil bernikah dengan Siti, kawan baik Nur setelah Kamil dan Siti ditangkap berdua-duaan dalam rumah Siti ketika Kamil ke sana untuk mencari Nur. Biarpun tidak redha Kamil tetap berkahwin dengan Siti kerana menganggap itu sahaja caranya untuk memujuk Nur kembali ke rumah mereka.

Bila Nur mendapat tahu dia telah ditunangkan dengan Haris, dia kembali semula. Namun berlakunya tragedi pula, bila Nur dan ibu saudaranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Apa yang terjadi selepas itu? Kenalah saksikan episod akhir Syurga Nur pada 18 Ogos 2015 di slot Akasia TV3 bermula jam 7:00 malam.

(Visited 4,332 times, 2 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

2 comments

  1. sudah termiss episode terakhir sebab tv3 tidak highlight dalam advert nya. Mane boleh tengok episode terakhir ni?? Sudah sampai masa nya tv 3 buat ulangan drama yang di siarkan untuk orang yang termiss program dapat menonton nya jugak. Kadang2 cara astro mengulangi drama ada baik nya jugak untuk mereka yang tak dapat tonton serie yang tertinggal kerana ada kerja lain untuk di penuhi. TV3 kena lah prihatin dengan kehendak penontonya . Jangan biarkan mereka merasa kesal kerana sekian lama mengikuti drama tu tapi rasa kecew kerana tak dapat tengok the last episode atau episode2 lain.