Thursday , 14 December 2017
Home » Resipi » Resipi Biskut Chocolate Chip Raya

Resipi Biskut Chocolate Chip Raya

Resipi Biskut Chocolate Chip Raya. Ramainya yang mencari resipi biskut raya yang mudah. Rasa biskut homemade pasti lagi sedap berbanding biskut tunjuk kan, sebab ia diadun mengikut citarasa kita sendiri.

Sekarang ni dah tak perlu susah payah cari buku resipi atau salin resipi sambil menonton rancangan memasak kat tv sebab kat google dah berlambak resipi kuih raya. Taip sahaja nak buat kuih apa…berderet keluar resipi cara membuat kuih tersebut. Kita tinggal nak pilih je resipi yang mana yang kita nak.

Resipi Biskut Chocolate Chip Raya

Tapi puteri perasan, memang ramai la yang suka buat kuih raya yang resipinya mudah nak ikut, dan bahan-bahannya pun tak banyak. Yelah bahan-bahan nak buat kuih pun bukannya murah, kalau satu resipi perlukan 20 jenis bahan…ada ke yang nak buat?

Ok tak nak berceloteh panjang, jom kita lihat senarai bahan yang diperlukan untuk buat Resipi Biskut Chocolate Chip Raya.

Bahan-bahan
375g Tepung Gandum
250g Mentega
85g Gula Kastor (ikut citarasa sendiri)
100g Gula Perang (ikut citarasa sendiri)
2 biji Kuning Telur
1 sudu teh Esen Vanilla
60g Chocolate Chips
60g Kacang Walnut

Cara Membuat Biskut Chocolate Chip Raya
1) Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2) Masukkan tepung silih ganti dengan telur kuning dan teruskan memukul pada kelajuan sederhana.
3) Masukkan chocolate chip, esen vanila dan kacang walnut. Satukan sehingga adunan sebati.
4) Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5) Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan sedikit untuk meleperkan bebola kecil tersebut.
5) Hiaskan dengan taburan chocolate chips ataupun kacang walnut.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah celsius untuk kira-kira 20 minit.

Selalunya budak-budak memang suka makan biskut chocolate chip. Malah boleh dikatakan biskut chocolate chip adalah antara biskut yang popular ketika musim perayaan.

Resipi Wajib Cuba: Resipi Semperit Coklat
                                  Resipi Biskut Mentega Kacang

Selamat mencuba.

 

(Visited 15,996 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

5 comments

  1. sedapnya biskut ! nanak.. hehehe

  2. Terima kasih atas perkongsian. Ada masa lebih boleh buat 🙂

  3. salam cik puteri..
    yup..btul.yg ni stuju jugak..coklat chip antra bskut femes..hehe

  4. wah sedapnya..memang suka coklat-coklat ni