Friday , 15 December 2017
Home » Resipi » Resipi Biskut Almond London

Resipi Biskut Almond London

Resipi Biskut Almond London. Satu lagi resipi biskut yang popular dan digemari kanak-kanak adalah Biskut Almond London. Setiap kali raya, biskut ini pastinya akan menjadi pilihan ramai. Betul tak?

Nak buat Almond London ini tak adalah rumit mana pun. Kalau ikut resipi yang dikongsikan di bawah ini, puteri jamin pasti anda dapat membuat Biskut Almond London yang sedap. Apa yang penting buat dengan kasih sayang.

Resipi Biskut Almond London

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resipi Biskut Almond London

130g Mentega
70g Gula
1 sudu teh Esen Vanila
Sebiji Kuning Telur
200g Tepung Gandum
25g Tepung Hoen Kwe
Kacang Badam secukupnya
Coklat Masakan secukupnya
Kacang Badam cincang untuk hiasan
Kertas Cawan (paper cup warna hitam)

Resipi Wajib Cuba: Resipi BiskutChocolate Chip

Cara Membuat Almond London

1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2) Tambahkan esen vanila dan kuning telur. Pukul sehingga sebati pada kelajuan sederhana.
3) Masukkan tepung gandum dan tepung Hoen Kwe. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan.
4) Ambil sedikit doh dan isikan dengan badam. Bentukkan bujur. Nak bentukkan bulat pun boleh.
5) Susun atas dulang yang telah disapu mentega dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celsius untuk kira-kira 20 minit. Selepas bakar, biarkan sejuk.
6) Sementara menunggu biskut sejuk, cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
7) Setelah coklat cair, celupkan biskut sebiji demi sebiji.
8) Masukkan ke dalam paper cup dan taburkan kacang badam cincang ke atasnya.
9) Biarkan coklat keras dahulu sebelum meletakkan dalam bekas atau botol kedap udara.

Kalau nak coklat nampak lebih berkilat, boleh tambahkan satu atau dua sudu minyak jagung semasa proses mencairkan coklat.

Selamat Mencuba.

(Visited 15,644 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

3 comments

  1. Kuih raya yang sentiasa mendapat sambutan setiap tahun 🙂

  2. Sedap tu almond london tapi malas tul nak buat biskut..huh
    Kena tunjuk je lah nanti

  3. salam…
    al…mmg besh…hehe lme xmkn nii