Friday , 21 July 2017
Home » Petua & Tips » Tips Kesihatan » Punca Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

Punca Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

Punca Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya. Sakit kepala menjadi antara faktor utama seseorang hilang fokus melaksanakan rutin harian. Lebih memburukkan lagi kalau sakit kepala yang dialami itu berpunca dari serangan migrain. Memang rasa macam nak tarik rambut je masa tu.

Bila seseorang mengalami sakit kepala, deria penglihatan dan pendengarannya akan menjadi lebih peka terhadap bunyi-bunyian di sekelilingnya. Bunyi yang perlahan pun dirasakan seperti dentuman yang kuat dan akan membuatkan bahagian kepala berasa makin berdenyut.

Punca Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

 

Sakit kepala juga menyebabkan bahagian dalam mata terasa pedih ketika memandang sesuatu yang bercahaya contohnya memandang skrin komputer atau skrin televisyen. Kalau berada di bawah cahaya matahari, makin bertambah berdenyut la di bahagian kepala.

Untuk melegakan rasa sakit kepala dengan pantas, cara yang paling mudah adalah dengan menelan pil penahan sakit. Namun pasti anda telah sedia maklum, terlalu kerap menahan pil penahan sakit memang tidak elok untuk kesihatan.

Jadi apakah cara yang sebaiknya untuk merawat atau menghilangkan rasa sakit kepala?

Sebelum itu elok kita kenalpasti dulu punca atau faktor penyebab sakit kepala yang dialami. Antaranya:

 

  • Kekurangan zat dan nutrisi dalam badan
  • Migrain
  • Terlalu banyak mengambil pelbagai jenis ubatan (untuk yang berpenyakit)
  • Haid
  • Kerap mengambil minuman berkafein
  • Gemar mengambil makanan yang tinggi kandungan MSG atau penambah perisa.
  • Kurang tidur atau terlebih tidur.

Cara Mengatasi Sakit Kepala

1) Rajin bersenam untuk memastikan badan sentiasa aktif  dan meningkatkan daya tahan badan. Senaman juga dapat mengurangkan stress dan membolehkan anda tidur dengan lebih lena.

2) Pastikan anda minum air secukupnya. Kurang minum air akan mengakibatkan badan mengalami dehidrasi dan secara tak langsung menjadi antara penyebab sakit kepala.

3) Jangan biarkan perut kosong untuk tempoh yang lama. Tubuh badan memerlukan nutrisi dan sumber makanan yang diambil dapat membantu mengelakkan berlakunya kekurangan gula dalam darah. Jika anda kerap menahan lapar, anda akan mudah terasa pening dan sakit kepala.

4) Pastikan anda sentiasa mendapat tidur yang cukup. Kurang tidur atau terlebih tidur boleh menjadi faktor penyumbang kepada masalah sakit kepala.

5) Jangan menghadap skrin komputer untuk tempoh yang lama. Cahaya yang terang dari skrin komputer boleh menyebabkan kepala anda rasa berdenyut. Amalkan memejam mata seketika atau alihkan pandangan anda ke tempat yang kurang pencahayaan setiap kali anda merenung skrin komputer untuk tempoh yang lama.

6) Elakkan stress. Jika rasa terlalu tertekan, cuba alihkan fokus anda kepada sesuatu yang lebih menenangkan. Contohnya seperti mendengar lagu atau melakukan aktiviti yang anda gemari.

7) Petua rawat sakit kepala tanpa menelan ubat: Ambil sehelai tuala kecil atau tuala nipis dan basahkan dengan air sejuk. Letakkan tuala tersebut ke atas dahi anda. Baring dan pejam mata anda. Rehatkan badan untuk seketika. Anda juga boleh meletakkan tuala yang basah tadi dibelakang leher di bahagian mata.

8) Satu cara lagi adalah dengan membasahkan rambut anda dengan air paip dan urut sedikit bahagian kepala untuk mengurangkan rasa berdenyut. Selepas itu lap rambut anda dengan tuala yang kering dan baring untuk seketika sambil memejam mata.
(Visited 2,737 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

9 comments

  1. hi puteri. boleh amalkn tips di atas paling mudah minum air secukupnya setiap hari.

  2. eemmm..kalau MY suka tido kalau sakit kepala, alhamdulillah..segar sikit kalau bangun..

    selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin puteri, lama tak singgah ke sini, semoga puteri sihat sentiasa

  3. Tips yang menarik.

    Sakit kepala nnie rawatannya hanya satu iaitu tidur perlu cukup. Tak perlu tidur selama 8 jam tapi hanya dengan 4- 5 jam sahaja. Tidur yang berkualiti ialah antara pukul 9pm atau 10pm sehingga 3pagi. Sebab tu Allah dah berpesan untuk bangun tahajud antara 3am atau 4am.

  4. saya juga kadang kala kerap sakit kepala, bolehlah guna tips ni.. tq

  5. depan komputer terus bikin pusing kepala

  6. wahhh ,kepala memang pening tiap2 hari ngadap laptop je ni..haha

  7. x makan pun boleh sakit kepala 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *