Sunday , 24 June 2018
Home » Hiburan » Biodata Dan Gambar Janna Nick

Biodata Dan Gambar Janna Nick

Biodata Dan Gambar Janna Nick. Nama Janna Nick tentunya akan menjadi sebutan mulai hari ini dengan bermulanya siaran drama Syurga Nur di slot Akasia TV3. Pasti ramai yang ingin tahu siapa Janna Nick?

Biodata Dan Gambar Janna Nick

Syurga Nur bukanlah drama pertama lakonan Janna Nick. Sebelum ini pelakon cantik jelita ini telah pun berlakon dalam beberapa buah drama yang telah ditayangkan di kaca tv. Dan yang terbaru drama lakonannya yang tengah disiarkan juga di TV3 adalah HidayahMu Ramadhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

Namun Janna Nick yang berlakon sebagai heroin atau watak utama dalam drama Syurga Nur pasti akan mula dikenali. Namanya pasti akan melonjak naik dan menjadi sebutan memandangkan slot Akasia antara slot drama yang paling popular di TV3 dan selalu mendapat rating yang tinggi kan.

Biodata Janna Nick

Janna Nick yang kini berusia 20 tahun, lahir pada tahun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

Antara drama yang pernah dilakonkan Janna Nick adalah Jodoh, Tonton Anak Ke-5, HidayahMu Ramadhan, Puasa Oh Puasa, Abang Sado Jual Kain dan yang terbaru Syurga Nur. Beliau juga pernah berlakon dalam dua telefilem iaitu Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9) dan sebuah muzik video bertajuk Mikraj Cinta.

Untuk anda yang ingin mengenali pelakon baru Janna Nick ini boleh follow twitternya di https://twitter.com/jannanick95 atau di instagram https://instagram.com/jannanick

Gambar-gambar Janna Nick

Gambar Janna Nick

Gambar Janna Nick

Biodata Dan Gambar Janna Nick

Janna Nick Pelakon Syurga Nur

kredit info: drama.my

(Visited 211,993 times, 1 visits today)
ARTIKEL POPULAR HARI INI
loading...

21 comments

  1. lawa orangnya, semoga berjaya selalu.

  2. Cantik Janna Nick! Baru tahu dia mix 😀

  3. salam…
    xkenai tp mmg cntik ye janna nick ni..=)

  4. Cantik orangnya. Tapi tak pernah kenal pun sehingga baca entry ni 🙂

  5. Ani baru kenal dia. Suka tengok kecantikannya ! 😀

  6. lawa dan original beuty woman

  7. cantiknya alami

  8. dia ni agama islam ke cina

  9. Lawa, muda dan berpelajaran orangnya..

  10. calon istri idaman

  11. Janna nick ni bragama ap sbnrnya???

  12. Patut la cntek.. mix..
    Good luck..

  13. assalamualaikum..saya suka namany..membawa ke syurga..

  14. janna nick nie melayu ke??

  15. cute budak ni…bila tengok perwatakan dia dalam setiap drama, teringat heroin dalam novel kak Siti Rosmizah Semail yang berjudul “Lafazkan Kalimah Cintamu”

  16. Janna nick memang comel you a so cute